Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Doktor ‘Badut’ Rawat Pesakit...

MELBOURNE – Sekumpulan doktor di sini memakai kostum badut ketika membuat rawatan terhadap...

Pemain Perak FC Dapat...

KUALA LUMPUR: Impact Media and Communications (IMC) membuktikan komitmen mereka sebagai 'bos' baharu...

PAS Perlu Praktikkan Budaya...

KUALA NERUS — Semua anggota PAS perlu mempraktikkan budaya politik matang dan sejahtera...

2 Sindiket Pengedaran Dadah...

KOTA BHARU - Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda (Methamphetamine)...

Kerajaan P.Pinang Terus Cadangan Bina Taman Tema

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan cadangan untuk membina taman tema air di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata cadangan itu antara lain untuk menarik pelabur tempatan dan asing dalam usaha membangunkan Batu Kawan.

“Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bercadang untuk melanjutkan cadangan ini dan masih terbuka kepada cadangan ini.

“Ini adalah projek yang akan menyempurnakan (pembangunan) Batu Kawan dengan pembangunan bercampur seperti komersial, perumahan, pusat-pusat rekreasi, institusi pendidikan dan sebagainya,” katanya menjawab soalan Goh Choon Aik (PKR-Bukit Tambun) yang ingin tahu mengenai status cadangan pembinaan taman tema air itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Chow berkata kerajaan memerlukan tanah bagi tujuan itu dan pihaknya akan memastikan PDC mempunyai satu bank tanah sebagai usaha untuk menarik pelabur bagi membangunkan cadangan berkenaan.


Menjawab soalan Goh mengenai status tanah PDC di Batu Kawan, Chow berkata sebanyak 243.62 hektar tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan telah dijual kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk memula dan mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau berkata sebanyak 144.31 hektar tanah di Bandar Cassia, Batu Kawan pula dijual melalui konsep ‘Request For Proposal’ (RFP) dan secara tender terbuka.

“Terdapat lima projek cadangan penjualan tanah yang dibuat secara RFP manakala satu projek secara tender terbuka,” katanya. – BERNAMA

Kategori