KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan selamat ‘menyambut’ 100 Hari Kerajaan Kakistocrasy kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang 16 Ogos ini.
Kerajaan Kakistocrasy adalah gelaran untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih gagal menunaikan hampir kesemua janji 100 harinya kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kerajaan Kakistocrasy dari segi istilah bermaksud sebuah sistem kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang teruk dan kurang berkelayakan yang bakal menghancurkan sesebuah negara.
“Thomas Live Peacock di abad ke-17 menggambarkan istilah kerajaan Kakistocrasy – “a system of government which is run by the worst, least qualified, … (κάκιστος; worst) and kratos (κράτος; rule), with a literal meaning of government by the worst people.”.This lead to ruin…..”
“Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa buat masa ini. Cukai semakin tinggi, penajaan PTPTN semakin sukar, harga barang makin naik, tol terus terpaksa dibayar, gaji minimum RM1,500 tidak terlaksana, bantuan sara hidup semakin kecil, pekerjaan semakin sukar. Terpaksalah telan dan berpuas hati dengan umpanan kebencian kepada kerajaan lama (Barisan Nasional),” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Berikut kenyataan lengkap Annuar di Facebook berhubung Kerajaan PH merupakan sebuah Kerajaan Kakistocrasy:
*DALAM 100 hari PH MEMBUKTIKAN MEREKA KAKISTOCRACY *
1)Ternyata mereka gagal menunaikan janji dgn dateline yg mereka cipta sendiri. Hanya sesuku saja yg separa tertunai. Itu pun dgn impak kerosakan teruk pada ekonomi negara
2) Zero rated SST sudah menyebabkan 12-14 billion hilang dari AKAUN NEGARA (consolidated fund)….lebih parah lagi tuntutan input tax yg tetap di tuntut di waktu gst tidak lagi di kutip menyebabkan TUNGGAKAN BAYARAN KEMBALI membengkak dan membebankan kewangan negara.
3) Ini di tambah parah dengan pelaburan asing yg menguncup. Pelaburan China saja berbillion terhenti dan hubungan dagang dgn china rosak teruk sehingga Kjaan China menggelarkan Menteri Kewangan negara sebagai LIAR/PENIPU.
4) Matawang negara semakin lemah. Di khabarkan Bank Negara Msia terpaksa berbelanja puluhan billion dlm usaha cuba menghalang RM dari terus merudum.
5) Harga komoditi khasnya sawit terus merudum akibat kelemahan kerajaan.China dan tak lama lagi India mengurangkan pembelian mereka,dan ini bakal menghimpit puluhan ribu peneroka dan pekebun.
6) Di manakah nanti kedudukan rating msia pd hujung tahun ini.Kiranya penarafan ini turun dari A-(stable) pada zaman BN bererti ekonomi negara semakin malap
6) Munculnya ketagihan lama terhadap KERETA NASIONAL,Formula 1,Jambatan Bengkok,Ting Phek King,Daim,St Miguel,dan Jepun akan menyeret kembali ke era krisis ekonomi/matawang 90an.
7) Pasaran Saham Msia telah kehilangan puluhan billion mutakhir ini.Tahap 1800 mata yg di capai sebelum ini semakin jauh
8) Tidak cukup dengan kerosakan ekonomi yg sangat parah,sistem lain juga sedang di rosakkan *Kabinet kini secondary kepada COUNCIL OF EMINENT PERSON yg terdiri dari kroni satu pihak.*
Judiciary di rosakkan dgn perlantikan berbaur politik dan di arah oleh pihak Eksekutif.Manakala legislatif menjadi semakin di kongkong dlm corak pentadbiran semakin otoratik.
Agenda Reform terkunci mati dan berganti dgn agenda dendam.
9) Kerajaan yg sepatutnya menumpu kpd prestasi dan menunaikan janji bertukar menjadi kerajaan yg kemaruk dgn serangan terhadap pemerentahan yg sudah jatuh..
10) Sistem Sosial turut dirosakkan. Kecemerlangan akademik sebagai priority bertukar kpd soal remeh spt warna kasut. Nilai keagamaan majority ummah di ganti dgn keutamaan nilai songsang gulungan minoritu. Moral perajurit dan wira bangsa di perlekeh,yg cuba di perjuangkan ialah jasa pengganas dan komunis yg di haramkan.
11) Konsep BAHASA JIWA BANGSA tidak terlepas dari di rosakkan.Dasar Pelajaran di perlekeh dan persijilan yg membelakangkan dasar di utamakan.
12) Dari sudut politik turut di biar rosakKetua eksekutif dari party minority berasa cukup asal dapat sedikit kuasa utk agendanya.Penghakisan sistematik terhadap apa yg terbina 7 dekad lalu terjual murah sedikit demi sedikit.Politik proksi semakin menyerlah dgn *MAHARAJA POLITIK SEBENAR MENGAWAL DI BELAKANG TABIR melalui kuasa politik partinya yg di kawalnya selama 5O tahun.*••Hari ini beliau adalah gembala kabilah terbesar menguasai kjaan..
13) Semua kerosakan ini akan bertambah.Ketua Kerajaan tidak dapat memilih yg terbaik kerana semua anggota kabinet bukan saja “berkepala dua” dgn dasar berbeza,tetapi juga kualiti terpaksa di korbankan kerana kuota di dahulukan.
14) MAKA JADILAH KERAJAAN PH INI KERAJAAN “KAKISTOCRACY “tulin.
*Thomas Live Peacock di abad ke 17 menggambarkan istilah kerajaan KAKISTOCRACY – “a system of government which is run by the worst, least qualified, … (κάκιστος; worst) and kratos (κράτος; rule), with a literal meaning of government by the worst people.”.This lead to ruin…..*
15) Rakyat tidak dapat berbuat apa apa buat masa ini.Walau cukai semakin tinggi,Penajaan PTPTN semakin sukar,harga barang makin naik,Tol terus terpaksa di bayar,gaji minimum 1500 tidak terlaksana,bantuan sara hidup semakin kecil,pekerjaan semakin sukar….*TERPAKSALAH TELAN DAN BERPUAS HATI DGN UMPANAN LABEL DAN KEBENCIAN KPD KJAAN LAMA..*
16) Sedikit pengharapan yg masih ada ialah kepada grup reformasi yg baru mencari ruang yg pernah di janjikan.Namun itu pun jika tidak di segerakan,besar kemungkinan PISANG BERBUAH DUA KALI – MYNEWSHUB.TV
*SELAMAT MENYAMBUT HARI KE 100 KARAJAAN KAKISTOCRACY PH!!*