Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rohana Jalil Tegur Wak...

Mak mana tak sayang anak, kan? Walaupun sudah besar panjang, namun gusar seorang...

Tingkat Keupayaan Anggota PDRM...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai...

Program NBOS Beri Sinar...

SRI AMAN - Sekitar awal tahun lepas, pekebun dari Rumah Helary, Nyelam di...

Pulau Di Mersing Ditutup...

JOHOR BAHRU – Pulau-pulau pelancongan di daerah Mersing dijangka ditutup pertengahan atau akhir...

Kerajaan Sabah Jamin Terus Pertahan Hak Orang Asal Sabah

TUARAN – Kerajaan negeri Sabah memberi jaminan untuk terus memartabatkan dan mempertahankan hak-hak orang asal di negeri ini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri yang baharu telah diwujudkan Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang dikhaskan untuk merancang dan mengenal pasti apa sahaja isu berkaitan dengan hak-hak orang asal Sabah.

“Kita sangat yakin mampu untuk mempertahankan hak-hak orang asal di Sabah dan sebab itu dalam kerajaan baharu kita telah wujudkan kementerian yang bertujuan untuk mempertahankan hak-hak anak negeri bukan sahaja dari segi tanah, agama, adat resam, budaya dan banyak lagi perkara yang kita perlu pertahankan.

“Oleh itu Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri sedang mengubal satu undang-undang baharu untuk menyelasaikan permasalahan yang dihadapi oleh orang asal di negeri ini…kita akan terus mempertingkatkan usaha untuk mempertahankan hak-hak orang asal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Kiulu, dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Pengerusi Induk sambutan itu Tan Sri Wences Angang.

Mengulas mengenai Sambutan itu, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri akan mengadakan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia peringkat negeri setiap tahun bagi memartabatkan lagi orang asal di negeri ini.

“Saya yakin sambutan seumpama ini merupakan satu langkah untuk mempromosikan budaya, makanan, tarian, pakaian dan pelbagai lagi produk orang asal yang ada di negeri ini… oleh itu kita harus adakan sambutan ini setiap tahun.


Sambutan ini bukan sahaja dapat mempromosikan keunikan orang asal kepada masyarakat setempat, namun ia dapat menjadi tarikan pelancong dari serata dunia,” katanya.

Beliau berkata dalam sambutan akan datang, kerajaan negeri akan cuba membawa orang asal dari negara lain untuk mempersembahkan budaya mereka di negara ini.

“Banyak orang asal di negara lain seperti di Mexico dan Peru. Kita berharap dapat membawa mereka untuk sama-sama meraihkan sambutan hari orang asal di Sabah dan memperlihatkan keunikan masing-masing,” katanya.

Mohd Shafie berkata sambutan hari orang asal adalah rentetan daripada Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu satu undang-undang antarabangsa yang melindungi budaya, tanah, dan juga cara hidup orang asal. – BERNAMA

Kategori