Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelaburan Baru Semakin Kurang...

DARI FB NAJIB RAZAKGRAF pelaburan asing ke Malaysia ini dibuat The Star dengan...

Kira-Kira 500 Warga Kerja...

KOTA KINABALU - Kira-kira 500 warga kerja Yayasan Sabah melafaz dan menandatangani Ikrar...

Hafizh Anggap Zulfahmi Tidak...

PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, menyifatkan keputusan mengejut Zulfahmi Khairuddin menamatkan karier...

MPP PKR Kekal Pendirian...

SHAH ALAM - Majlis Pemimpin Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini...

Kerajaan Tidak Berhasrat Wujud MRSM Berbayar

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak berhasrat meneruskan cadangan kerajaan terdahulu untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Menterinya Rina Harun berkata ini kerana kementerian melihat peranan MRSM kini seolah-olah hanya untuk golongan elit.

“Justeru, peranan sebenar perlu dikembalikan semula bagi membantu keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) yang mempunyai anak-anak cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diterima belajar di MRSM.

“Sebab itu juga kita beri bantuan kewangan kepada pelajar daripada golongan B40 dan M40 ini seperti program Bantuan Pendidikan Mara iaitu mereka diberi bantuan sebanyak RM1,500 setahun selain wang saku bulanan RM50, sekiranya tidak layak mendapat Bantuan Pendidikan Mara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu sama ada kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan cadangan kerajaan terdahulu menubuhkan MRSM berbayar bagi menampung kemasukan pelajar cemerlang di seluruh negara berikutan wujudnya rungutan ibu bapa daripada golongan B40 dan M40 yang anak-anak mereka gagal ditempatkan di sekolah tersebut.


Beliau berkata kementerian sedar matlamat asal penubuhan MRSM adalah memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga B40 dan M40, terutamanya di luar bandar, berpeluang mendapatkan pendidikan menengah terbaik di sekolah tersebut. – BERNAMA

Kategori