Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Mati Dalam Pesawat...

SEORANG pelajar lelaki dilapor meninggal dunia sejurus selepas mengigit seorang penumpang lain dalam...

Alexis Jaring Gol Pertama...

ALEXIS Sanchez menjaringkan gol pertama Manchester United dalam kemenangan Liga Perdana Perdana Inggeris...

Pendapatan LGE Paling Tinggi...

HEBAT... Lim Guan Eng mendahului 47 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam senarai...

Sabah Mahu Kerajaan Pusat...

SANDAKAN – Kerajaan Sabah mahu kerajaan pusat menjadi lebih kredit dan berinovasi dalam...

Kerjasama PAS, UMNO Untuk Selamatkan Malaysia!

KUALA LUMPUR – UMNO membuat ketetapan untuk meningkatkan kerjasama dengan PAS ke tahap yang lebih tinggi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia adalah demi kepentingan rakyat dan negara ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama itu juga atas dasar rakyat berbilang kaum perlu disatukan untuk menolak Pakatan Harapan (PH) yang terbukti telah membohongi rakyat pada PRU-14.

“Rakyat perlu disatukan agar Malaysia diselamatkan sebelum terlambat. Rakyat semua kaum dan agama perlu bangkit dan tunjukkan kuasa rakyat agar rakyat tidak lagi ditipu oleh politik ‘machiavelli’, ‘kakistocracy’ serta ‘kelentongkrasi’ PH,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Annuar berkata, kerajaan PH telah mengizinkan terlalu banyak kerosakan kepada keharmonian hidup rakyat, nilai agama, bahasa dan budaya negara ini.

Malah, kata beliau, kerajaan PH memberi sokongan kepada ideologi songsang berhaluan kiri termasuk sosialis, atheis, komunis, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan lain-lain.

Tegas beliau, sokongan kerajaan PH kepada ideologi songsang terbabit bercanggah dengan semangat rukun negara dan boleh merosakkan fabrik politik dan sosio budaya negara.


Justeru, katanya, pemimpin kanan UMNO telah dibenarkan mengiringi calon PAS di pusat penamaan calon sebagai tanda sokongan moral.

“Sekiranya diminta, pemimpin dan penceramah UMNO dibenarkan berkongsi pentas dan berkempen untuk calon PAS.

“Jentera UMNO di cawangan dibenarkan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jentera PAS kiranya diminta,” katanya.

Tambah beliau, rakyat perlu juga memberi isyarat menentang cukai SST 10 campur 6 peratus kerajaan PH yang hanya akan menguntungkan ‘tauke’, pelari cukai dan menggalakkan ‘black ekonomi’. – MYNEWSHUB.TV

Kategori