Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Starbucks Reserve Dibuka Di...

JOHOR BAHRU - Starbucks Malaysia membuka cawangan Starbucks Reserve perintisnya di wilayah selatan...

93 Pelancong Terkandas Di...

PUTRAJAYA - Seramai 93 pelancong asing termasuk 13 rakyat tempatan terkandas di Pulau...

Liga Perdana: Negeri Sembilan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Negeri Sembilan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga...

11 Maut, 20 Cedera...

BANDARAYA MEXICO - Sebelas orang termasuk warga asing terbunuh manakala 20 lagi cedera...

Kes HFMD Menunjukkan Penurunan

GEORGE TOWN – Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan penurunan sejak Jumaat lepas di seluruh negara dan ini merupakan satu perkembangan yang baik, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau secara rapi dalam tempoh 10 hari akan datang ini dan mengadakan aktiviti pencegahan di seluruh negara agar kes HFMD terus menurun.

“Kes baharu HFMD yang dilaporkan pada Jumaat (3 Ogos) adalah sebanyak 770 kes berbanding 952 kes hari sebelumnya (2 Ogos) di seluruh negara, ia menurun 182 kes dan saya lihat ini satu trend yang baik serta berharap jumlah kes akan terus menurun.

“Kumulatif kes HFMD dari Januari hingga Jumaat lepas adalah sebanyak 43,250 kes berbanding hanya 22,815 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.Sehingga semalam juga tiada kes kematian baharu disebabkan HFMD dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta mendengar taklimat berhubung perkembangan projek dewan bedah di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata sejak Januari hingga Jumaat, sebanyak 631 premis ditutup dan ketika ini 52 premis membabitkan 17 taska, tadika dan prasekolah (25) dan beberapa kelas daripada 10 buah sekolah masih ditutup berikutan terdapat jangkitan HFMD.

Dr Dzulkefly berkata kementerian kesihatan mengambil pelbagai langkah pencegahan dan promosi kesihatan untuk menangani situasi semasa berkaitan jangkitan HFMD di seluruh negara termasuk aktiviti utama mengadakan Town Hall Meeting (THM) dengan pengusaha taska dan guru tadika serta prasekolah.

Katanya sejak 29 Julai hingga 4 Ogos, sebanyak 406 pertemuan telah diadakan dengan kehadiran 13,699 pengusaha dan guru-guru dari 3,769 taska serta tadika dan prasekolah.


“THM merupakan perjumpaan dengan pengusaha dan guru-guru taska, tabika, tadika serta prasekolah yang melibatkan sesi ceramah, taklimat dan demonstrasi serta edaran bahan pendidikan kesihatan bagi memberi penerangan dan menerapkan kefahaman mengenai HFMD,”katanya.

HFMD ialah satu penyakit disebabkan oleh virus dan gejala penyakit ini adalah demam, ruam (maculopapular dan vesicles) di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

HFMD disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) dan virus itu merebak melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit. – BERNAMA

Kategori