Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Raja Thailand Tunjuk Pemulihan...

BANGKOK - Pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, 88, menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif selepas...

Jenayah Menyamar Rakan Pinjam...

PETALING JAYA : Jenayah menyamar sebagai `rakan’ dan meminta pinjam wang dengan alasan...

MAHA 2022 Catat Nilai...

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo...

Selamat Tinggal Muzik-Muzik, AJL...

SELEPAS dua tahun mengemudikan Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu, Scha Alyahya akhirnya membuat pengumuman...

Kes Penipuan: Pembantu Penyelia Hilang RM3,360

KUANTAN – Hasrat seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman wang bukan sahaja tidak kesampaian, malah terpaksa pula menanggung kerugian bagi bayaran pentadbiran sebanyak RM3,360.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pembantu penyelia mendakwa mengetahui kewujudan iklan syarikat pemberi pinjaman wang itu menerusi ruangan iklan dalam laman Facebook.

“Mangsa kemudiannya menerima pesanan WhatApps daripada wanita bernama Esther Teo yang memberi jadual pembayaran balik pada 2 Ogos lepas, dan mangsa menyerahkan salinan dokumen peribadi untuk meminjam sebanyak RM7,000.

“Pada keesokan harinya, mangsa dimaklumkan pinjaman itu diluluskan dan diminta memasukkan wang bayaran pentadbiran pinjaman bermula 4 Ogos lepas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa kemudian memasukkan wang ke dalam akaun bank yang diberi Esther sebanyak lima kali, namun hingga hari ini tidak pernah menerima wang RM7,000 itu.

Menyedari diri ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, dekat sini semalam.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori