Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel...

PENYANYI Syamel memberitahu dia tidak menyalahkan penonton Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) yang...

RM118 Juta Bantu Penduduk...

PASIR PUTEH - Kerajaan persekutuan memperuntuk RM118 juta bagi membantu golongan miskin di...

Salah Eja ‘Marry Christmas’,...

SINGAPURA - Baru kelmarin Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memohon maaf atas kesilapan...

Putus Sudah Kasih Sayang.....

KUALA LUMPUR - Tiada lagi cinta seterusnya mengharapkan hubungan yang pernah mekar ke...

Kes Periuk Nasi Shahidan Selesai

KUALA LUMPUR – Kes saman difailkan seorang ahli perniagaan terhadap bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan dua lagi berhubung pembelian periuk nasi, berjaya diselesaikan secara baik.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam, K Lavinia yang mewakili Florence Lee Jye Wen, yang memfailkan saman terhadap tiga defendan iaitu Shahidan, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Pengerusi UMNO Perlis) dan Datuk Rozabil Abdul Rahman (bekas Naib Ketua Bahagian Arau).

“Sebelum ini, sebanyak 10,000 periuk nasi diserahkan tetapi defendan hanya mengambil 2,000, kami memfailkan saman bagi baki yang tidak diambil itu.

Selepas persetujuan bersama, ketiga-tiga defendan bersetuju untuk membayar kos baki 8,000 periuk nasi itu.

“Semua tunggakan bayaran sudah diselesaikan dan barangan itu akan dihantar kepada defendan pada 7 September ini manakala pihak plaintif menarik balik samannya selain mahkamah juga memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar kos sebanyak RM15,000,” katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh merekodkan penyelesaian itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamarnya di sini.

Shahidan yang tidak hadir diwakili peguamnya Hilwa Bustam.

Pada 6 April tahun lalu, Florence memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 dengan menamakan Shahidan, Zahidi dan Rozabil kerana melanggar kontrak mengenai perjanjian pembelian periuk nasi dengannya.


Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa UMNO Perlis memesan sebanyak 60,000 periuk nasi bersaiz 1.8 liter yang tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) bersama dengan singkatan DSSK yang merujuk kepada Shahidan Kassim pada 3 Jun 2015.

Periuk nasi itu didakwa akan diagihkan 20,000 unit di setiap bahagian Arau, Kangar dan Padang Besar.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa 8,000 unit masih tidak diambil sehingga hari ini dan menyebabkan beliau rugi sebanyak RM592,000.

Lee juga menuntut ganti rugi am dengan jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BH ONLINE

Kategori