Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sarawak Pikat Komuniti Global...

KUCHING - Ekonomi digital akan menjadi platform kukuh dan pemangkin bagi Sarawak untuk...

Sepasang Kekasih Dipenjara Kerana...

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih hari ini masing-masing dipenjara tiga bulan dan lima...

Malaysia Sasar Kedatangan 8...

ALOR GAJAH - Malaysia menyasarkan peningkatan kedatangan lapan juta pelancong dari China dengan...

Calon Peperiksaan Utama Di...

KUALA LUMPUR - Calon peperiksaan utama termasuk Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi...

Kesal BR1M Difitnah Konon Duit Curi

BONGKAR… Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mansuh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sahaja tindas rakyat miskin, malahan tidak tepati janji dalam manifesto blok itu sendiri.

Perkara tersebut dibongkar oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan rasa kesal terhadap keputusan kerajaan PH untuk mengurangkan sebelum menghapuskan skim pemberian wang tunai itu.

Mengulas lebih lanjut Najib berkata bahawa BR1M diwujudkan bukan untuk tujuan politik Barisan Nasional (BN) dan kriteria penerima berdasarkan maklumat pendapatan bulanan isi keluarga tanpa kira fahaman parti politik.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dakwa konon BR1M dibayar dengan wang yang dicuri dan tujuan BR1M ialah untuk membeli rakyat. Beliau juga mendakwa wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa.

“Agak pelik tuduhan bahawa kerajaan BN curi wang untuk bagi balik kepada rakyat. Wang untuk bayar BR1M bukan dari sumber yang dicuri,” kata Najib dalam kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebook rasminya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir kepada portal pro-PH, The Malaysian Insight bahawa BR1M bakal dikurangkan bayarannya sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan terus dalam masa terdekat.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, Najib yang juga mantan menteri kewangan berkata, BR1M disalurkan kepada rakyat tersasar ialah dari langkah rasionalisasi subsidi serta hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Baca: Tun M Jamin BR1M Bakal Dihapuskan

“Orang kaya banyak dapat faedah daripada subsidi pukal manakala kutipan GST lebih banyak daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). GST mengurangkan ketirisan akibat kes elak cukai, aliran dana haram dan ekonomi gelap.


“Wang GST ini dikembalikan semula kepada golongan B40 sebagai BR1M yang jumlahnya terus meningkat kerana kutipan GST turut terus meningkat hasil pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dahulunya semakin berkembang.

“Apabila orang susah dapat duit, ia dibelanjakan semula dalam kitaran ekonomi terutama di kawasan luar bandar. Dengan ini, jurang kekayaan dan pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin boleh dirapatkan,” katanya.

Najib berkata, keputusan kerajaan pimpinan Mahathir itu menunjukkan PH hanya mementingkan golongan kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka elak cukai. Ketika inilah orang miskin yang patut ditolong bukan dihukum.

“Di mana salahnya kalau kita mengambil wang daripada yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin? Adakah PH sudah lupa bahawa mereka berjanj untuk meneruskan BR1M dalam manifesto?

“Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin?” soal Najib sambil menyertakan tangkap layar daripada petikan buku manifesto PH yang mahu BR1M diteruskan seperti biasa. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori