Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Terengganu Seru Muslim...

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru mengamalkan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh...

Presiden Korea Selatan Tiba...

SEPANG - Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in tiba di sini hari ini untuk...

Hukuman Penjara Najib Razak...

KUALA LUMPUR: Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

Peranan Berkesan Malaysia Dalam...

NEW YORK - Tahun 2015 merupakan tahun penuh peristiwa bagi Malaysia yang mula...

Kisah Unik Di Sebalik Maqam Ibrahim

UMAT Islam mungkin sudah banyak baca, dengar atau lihat sendiri simbol perpaduannya, iaitu Kaabah. Namun berapa ramai yang benar-benar tahu sejarahnya, mungkin boleh jadi persoalan.

Pengkaji hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Mohi Eddine Hashemi, menjelaskan bahawa Allah SWT menurunkan Hajar Aswad dan batu-batu lain kepada Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim untuk mendirikan Kaabah.

Salah satu batu itu ditandakan oleh dua tapak kaki Baginda. Selepas selesai membina rumah lama, Nabi Ibrahim diri di atasnya; dan tapak kaki baginda tenggelam, menandakan pembinaan rumah suci itu, menurut laman Al Arabiyya.

Ia tetap berada bersebelahan Kaabah sepanjang sejarah. Hashemi juga mengatakan bahawa tanda jari kaki dan tapak tersebut pudar akibat ia terdedah kepada orang ramai, yang disentuh buat berkurun-kurun lamanya.

Apabila Nabi Muhammad SAW membuka Makkah, baginda membuat keputusan untuk memindahkan batu tersebut dari lokasi asalnya berdekatan Kaabah, ke kawasan yang lebih jauh lagi, iaitu 10 meter dari Kaabah.

Ini untuk memudahkan para jemaah umrah atau haji melakukan tawaf dan bersolat di belakangnya seperti yang diarahkan dalam al-Quran, sekali gus mengurangkan kesesakan di laluan sempit tersebut, lapor laman Al Arabiyya.


Bagaimanapun menurut sejarawan, raja pertama yang memerintah untuk menutupi kawasan itu yang kemudian dikenali sebagai maqam Ibrahim sebenarnya ialah Khalifah al-Mahdi zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah.

Khalifah al-Mutawakkil pula memerintah untuk menutupnya dengan logam perak dan emas bagi menguatkan binaanya akibat sering disentuh jemaah selain mengelak amalan khurafat individu tidak bertanggungjawab.

Pada era kerajaan Arab Saudi moden pula, khususnya di bawah pemerintahan Raja Faisal, kerja-kerja perluasan dikerahkan dan bangunan diruntuhkan untuk meluaskan lagi ibadah tawaf. Kaca kristal dan perak juga dipasang.

Tambah laporan Al Arabiyya, ia sudah diubah suai sekali lagi di bawah pemerintahan Raja Fahd, yang kaca tidak mudah pecah diletakkan di atas maqam tersebut dengan diselaputi perak dan emas. – Agensi

Kategori