Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Shah Firdaus Raih Gangsa...

KUALA LUMPUR - Pelumba sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat...

2,191,981 Guna E-Filing Sehingga...

BUKIT MERTAJAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga kini telah menerima 2,191,981...

Bekas Presiden India, APJ...

SHILLONG, India - Bekas Presiden India, APJ Kalam, 83, meninggal dunia di sebuah...

Kumpulan Pertama Jemaah Haji...

MEKAH - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 413 orang akan mula bergerak...

KJ Buat Laporan Polis Berhubung Isu Tuntutan GST

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Khairy berkata tuduhan yang dibuat oleh Lim semalam di Dewan Rakyat berhubung isu berkenaan merupakan tuduhan yang serius dan memerlukan bukti kukuh.

“Semalam di Parlimen saya tanya beliau (Guan Eng), adakah siasatan akan dibuat terhadap isu ini?

“Guan Eng menjawab kementeriannya akan melakukan siasatan dalaman bagi menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Lim perlu membuat siasatan terbuka dan bukan siasatan dalaman di peringkat kementeriannya, katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, pada 2 petang.

“Kami di BN juga hendak membersihkan nama kerajaan yang lepas, sekiranya berlaku ‘rompakan’ maka bawalah mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

“Sekiranya tidak, maka mestilah dijelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak tepat serta tidak berasas,” katanya.


Khairy juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok, berhubung perkara yang sama.

Semalam, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat, Lim berkata, kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan.

Katanya, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lepas berjumlah RM19.4 bilion, ​​​​​​​bagaimanapun, baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion, bermakna berlaku kekurangan kira-kira RM18 bilion.

Susulan itu, satu siasatan dalaman giat dilakukan oleh Kementerian Kewangan bagi mengenal pasti punca pengurangan RM18 bilion itu. – BERNAMA

Kategori