Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peragut Berputih Mata, Diberkas...

KOTA TINGGI - Seorang pemuda terpaksa berputih mata apabila berjaya ditahan orang ramai...

Video: “Kau Yang Salah,...

TULAR menerusi media sosial video seorang lelaki yang berlagak samseng cuba mengancam dan...

Malaysia Alami Cuaca Panas...

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga...

‘Equanimity’ Mungkin Dijual –...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan merancang untuk menjual kapal layar mewah ‘Equanimity’ yang...

KKM Tangguh Sementara Permohonan Ubatan Skim PASc

KUALA LUMPUR – Permohonan dan pemberian pek percuma ubat-ubat baru yang berkos tinggi kepada pesakit melalui Patient Access Scheme (PASc) ditangguhkan buat sementara waktu sehingga mendapat ulasan daripada Jabatan Audit Negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

PASc adalah skim yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menambahbaik akses ubat kepada pesakit terutamanya bagi ubatan yang mahal.

“Pemberian pek percuma ini dikhuatiri melanggar etika dan menimbulkan isu integriti memandangkan pemberian pek percuma ini tidak dinyatakan secara terperinci dalam rekod pembelian antara pihak syarikat farmaseutikal dan fasiliti KKM.

“Perkara ini perlu diteliti bersama dengan pihak berwajib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Nor Hisham berkata garis panduan permohonan melaksanakan PASc di KKM telah disediakan pada 1 Jun 2018 bertujuan untuk menerangkan proses permohonan, penilaian dan kelulusan PASc di fasiliti KKM.

“Garis panduan ini bertujuan untuk menyeragamkan proses permohonan melaksanakan PASc agar ianya telus dan memastikan kertas cadangan PASc oleh syarikat farmaseutikal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

KKM juga menegaskan bahawa skim-skim lain sedia ada yang sedang dilaksanakan diteruskan seperti biasa di fasiliti kesihatan kerajaan.


Pihak KKM juga tiada halangan bagi sebarang pemberian pek percuma amal atau penggunaan berbelas kasihan kepada pesakit dengan syarat-syarat yang tidak mengikat KKM untuk membuat pembelian.

Dr Nor Hisyam berkata KKM sentiasa komited dalam memastikan pesakit mendapat akses kepada ubat-ubatan dan setiap proses dijalankan secara telus demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Beliau mengulas artikel disiarkan dua portal berita berkenaan penangguhan pemberian PASc yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada KKM untuk menambahbaik akses ubat kepada pesakit terutamanya bagi ubatan yang mahal. – BERNAMA

Kategori