Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Boeing Raikan Penyerahan 787...

KUALAƃā€šĆ‚Ā LUMPUR - Boeing dan Oman Air meraikan penyerahan pesawat Boeing 787 Dreamliner, pesawat...

Surirumah, Menantu & Rakan...

SHAH ALAM ā€“ Seorang surirumah berusia 55 tahun, menantunya dan rakan lelaki itu...

Utusan Boleh Dikenakan Tindakan...

PUTRAJAYA - Utusan Melayu (M) Berhad boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerja...

OKU Miliki Suara Persis...

MESKIPUN mengalami kecacatan penglihatan, namun wanita orang kelainan upaya (OKU) ini memiliki kelebihan...

Klopp Masih Tidak Puas Hati Prestasi Liverpool

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp berkata beliau masih “ada banyak kerja hendak dibuat” selepas pasukannya menang tipis 1-0 ke atas Brighton selepas satu perlawanan sengit.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool di tempat teratas Liga Perdana Inggeris.

Mohamad Salah, yang menjaringkan 32 gol musim lalu, menjaringkan gol pada pertengahan separuh masa pertama perlawanan di Anfield itu.

“Tidak diragui lagi yang kami memang berhak mendapat tiga mata dan itu yang paling penting,” kata Klopp.

Liverpool muncul sebagai pasukan tunggal dalam Liga Perdana memperolehi kemenangan 100 peratus selepas tiga perlawanan, dua mata mengatasi Manchester City yang seri 1-1 dengan Wolves hari Sabtu lalu.

“Sejak sebelum perlawanan saya tahu banyak yang perlu saya lakukan, dan anda pun tentu sedar,” kata Klopp lagi selepas perlawanan yang menyaksikan pasukannya berhempas pulas menewaskan lawan di tempat sendiri itu.


Liverpool tidak menunjukkan aksi paling cemerlang dalam perlawanan itu, dengan banyak peluang keemasan dilepaskan oleh Salah sendiri.

“Saya tidak berapa berminat dengan kedudukan dalam liga. Kedudukan tidak berapa penting selepas perlawanan ketiga. Sembilan mata yang penting,” katanya.

“Saya mengharapkan lebih lagi daripada para pemain, dan saya tahu pemain-pemain boleh meningkat lagi. – Agensi

Kategori