Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Helikopter Terhempas: Khidmat PDU...

Ipoh : Perkhidmatan Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta ditangguhkan...

Lelaki Warga Indonesia Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Indonesia hari Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret...

Karnival ‘Ganu Molek Doh’...

KUALA LUMPUR – Warga kota yang mahu menikmati pelbagai sajian tradisi dan membeli...

Pastikan Setiap Kanak-Kanak Dapat...

KUALA SELANGOR - Kerajaan prihatin dan ingin memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang untuk...

Kod Etika Pakaian Kerja Diskriminasi Hak Wanita?

KUALA LUMPUR – “Obsesi untuk mengawal apa yang dipakai oleh wanita Malaysia perlu dihentikan serta merta,” kata Women’s Aid Organization (WAO) dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan aktivis masyarakat Datin Marina Mahathir itu membantah cadangan mewujudkan kod etika berpakaian pekerja wanita Islam sektor swasta di negara ini.

Menurut WAO, tindakan mempolisikan pakaian wanita menyekat kebebasan bersuara wanita dan dasar sedemikian bersifat seksis kerana ia berdasarkan stereotaip bahawa wanita adalah menggoda.

“Kod pakaian itu dikatakan untuk mencegah diskriminasi terhadap wanita Islam, tetapi ada perkara yang terlepas pandang.

“Mengehadkan apa yang dipakai wanita adalah diskriminasi dan dasar ini akan berakhir dengan mendiskriminasi wanita yang tidak mematuhi kod tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah WAO, sudah terdapat banyak penekanan berhubung penampilan wanita dalam masyarakat Malaysia dan kerajaan sepatutnya menumpukan kepada isu-isu yang lebih substansif.


Sebagai contoh, katanya, memastikan ibu bapa mempunyai akses terhadap pusat jagaan kanak-kanak mampu bayar, meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita dan menggubal Akta Gangguan Seksual dan Akta Kesaksamaan Gender yang akan melindungi diskriminasi dan mempercepatkan kesaksamaan gender.

“Sudah tiba masanya kita berhenti obses terhadap bagaimana wanita berpakaian. Wanita lebih daripada pakaian dan penampilan mereka,” kata WOA. – MYNEWSHUB.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • WAO

Kategori