Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Yasin Mula Rawatan Bipolar...

PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, sudah mendapatkan rawatan...

Jabatan Meteorologi Nafi Negara...

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan tular berhubung suhu terendah dialami negara...

Pesawat Malindo Air Patah...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Dhaka, Bangladesh ke Kuala...

Proton Bakal Keluarkan SUV...

KUALA LUMPUR - Hak pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) merupakan prospek paling menarik...

Komonder Boko Haram Ditangkap Tentera Nigeria

ABUJA – Tentera Nigeria pada Ahad mengesahkan berjaya menahan seorang daripada komando kumpulan pengganas Boko Haram yang paling dikehendaki.

Suspek dikenali Maje Lawan, dipercayai pengganas yang ke-96 dalam senarai dikehendaki tentera, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.

Jurucakap tentera Texas Chukwu berkata, suspek ditangkap di kawasan kejiranan Banki di timur laut Borno selepas menyusup masuk ke sebuah kem pelarian.

“Suspek kini sedang disiasat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan lanjut,” kata Chukwu.

Nigeria berhasil memerangi pemberontak Boko Haram, yang memaksa anggota kumpulan itu keluar dari tempat persembunyian di Sambisa.

Boko Haram didakwa bertanggungjawab menyebabkan lebih 20,000 orang terkorban dan 2.3 juta lagi terpaksa melarikan diri sejak tercetusnya keganasan pada 2009. – BERNAMA

Kategori