Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Sensasi Selepas...

SEORANG wanita menjadi sensasi di laman sosial gara-gara perkongsiannya tentang cara mudah dan simple...

PKS Digesa Manfaat Peluang...

KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia digesa memanfaatkan peluang disediakan...

4 Kereta Keluarga Pegawai...

PUTRAJAYA - Empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Kastam terbakar di hadapan...

4 Pengikut Ajaran Sesat...

Iskandar Puteri : Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) dan Polis Diraja Malaysia...

Kontrak Sosial Penyumbang Kemakmuran, Muafakat Bangsa

ISKANDAR PUTERI – Kontrak sosial yang diwujudkan sejak sekian lama oleh pemimpin terdahulu menjadi penyumbang kepada kemakmuran dan permuafakatan hidup bangsa di negara ini.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata ia satu perjanjian yang ikhlas dan jujur demi kebaikan bersama untuk menerajui sebuah negara yang bebas dan makmur.

“Sikap saling mempercayai, kesedaran mengenai perkongsian hidup, redha dengan takdir serta berkongsi masa depan telah mendorong kepada wujudnya kerjasama antara kaum.

“Inilah yang mendorong semua kaum duduk semeja, berunding dalam apa jua masalah dan menerima sesuatu tanpa banyak soal selepas ia diputuskan secara bersama.

“Maka, perjanjian (kontrak sosial) inilah yang kita pegang sehingga hari ini seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, dalam dasar-dasar kebangsaan dan diterjemahkan dalam pelbagai undang-undang untuk memandu pengisian kemerdekaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Johor serta pelepasan Konvoi Kembara Merdeka, di sini hari ini.

Osman berkata walaupun rakyat ada menempuh beberapa peristiwa yang sedikit menjejaskan persefahaman, namun, perpaduan dapat diperkukuh kembali dengan sikap tolak ansur yang tinggi dan muafakat.


“Terbukti bahawa kontrak sosial ini telah menyumbang ke arah kerukunan hidup bangsa di negara ini, apabila semua pihak sentiasa saling memahami, sekali gus mengutamakan persamaan di antara kita serta menghindarkan apa juga perbezaan,” katanya

Sementara itu, seramai 133 peserta meneruskan misi penjelajahan menerusi konvoi kembara berkenaan yang turut menarik penyertaan 30 motosikal berkuasa tinggi persendirian dan 30 kenderaan pacuan empat roda agensi kerajaan termasuk Jabatan Penerangan.

Selepas Johor, kembara yang dilancar pada 5 Ogos lepas dengan jarak 6,100 kilometer seluruh negara itu akan diteruskan ke Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Labuan, Sabah dan Sarawak sebelum berakhir di Putrajaya. – BERNAMA

Kategori