Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemukan Maut Dengan...

Bukit Mertajam : Lelaki ditemukan meninggal dunia dengan terdapat kira-kira 12 kesan tembakan...

MBK Sedia 30 Lokasi...

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan sebanyak 30 lokasi pasar Ramadan dan...

Cari Titik Persamaan Perkasakan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Anih Berhad Edar 1,000...

KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Anih Berhad hari ini mengagihkan...

Korban Meningkat, Gempa Susulan Di Lombok Terus Ada

JAKARTA – Jumlah mangsa korban gempa bumi di Pulau Lombok pada 5 Ogos lepas, meningkat kepada 321 orang, dan dikhuatiri terus bertambah ketika operasi mengenal pasti dan menyelamat mangsa di seluruh pulau itu masih diteruskan.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan lebih 67,000 rumah direkodkan musnah setakat ini, selain 468 sekolah, tiga hospital dan 10 pusat kesihatan, 15 masjid dan 20 bangunan turut musnah akibat gempa bermagnitud 7 Skala Richter itu.

“Adanya laporan tambahan kepada jumlah meninggal dunia (tetapi) masih dilakukan verifikasi. Jumlah kerugian harta benda setakat ini dianggarkan Rp2 trilliun,” kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi membantu mangsa gempa di pulau itu juga menghadapi banyak rintangan kerana gempa bumi susulan masih berlaku.

“Lebih 300 gempa susulan bermagnitud rendah dicatatkan sejak gempa kuat 7 Skala Richter (Ahad lepas), dan semalam (Khamis), gempa bumi bermagnitud 6.2 Skala Richter menggoncang Lombok Utara pukul 12.25 tengah hari, ia menyukarkan pasukan penyelamat memberi bantuan perubatan, makanan dan sebagainya ke kawasan tertentu,” katanya. – BERNAMA

Kategori