PYONGYANG – Korea Utara mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu ke atasnya, dan menuntut negara itu mematuhi perjanjian yang telah disepakati untuk meningkatkan hubungan dua hala, lapor Xinhua, memetik media tempatan.
Pendirian Korea Utara kekal tidak berubah seperti yang termaktub dalam perjanjian yang disepakati dengan AS semasa rundingan di Singapura, kata seorang jurucakap kementerian luar. Central News Agency (KCNA)
Pyongyang berharap langkah yang diambil negara itu, termasuk menangguhkan ujian nuklear dan ujian peluru berpandu balistik antara benua serta memusnahkan pusat ujian nuklear dapat menyumbang kepada pengukuhan hubungan.
“Sebaliknya, AS bertindak diluar jangkaan kami dengan mengenakan sekatan dan tekanan ke atas Korea Utara,” kata pegawai itu menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Jabatan Perbendaharaan AS awal bulan ini, mengumumkan sekatan terhadap individu dan tiga entiti termasuk bank perdagangan Rusia – kerana mendakwa mempunyai kaitan dengan program nuklear Korea Utara.
Langkah sedemikian dilihat tidak memyumbang apa-apa kemajuan untuk perjanjian Korea Utara-AS, termasuk mewujudkan Semananjung Korea yang bebas senjata nuklear dan tiada jaminan suasana satbil sekarang ini akan kekal.
Pada Jun lepas, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bertemu Presiden Donald Trump di Singapura, dan menandatangani kenyataan bersama, bersetuju mewujudkan hubungan diplomatik dan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear. – BERNAMA