Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ditemukan Lemas Dipercayai...

TELUK INTAN - Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Batu 12 di sini...

Heboh Satu Sekolah… Ular...

LAGI kes ular masuk sekolah.  Kecoh sebuah sekolah di Labuan apabila mengetahui seekor ular...

Rakyat Kedah Diminta Bersabar...

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta rakyat negeri...

Mahathir Pinggir Golongan Nelayan...

JITRA - Tun Dr. Mahathir Mohamad membangunkan Langkawi dengan menidakkan kepentingan golongan nelayan...

Koridor Hidupan Liar Lindungi Gajah Pygmy Di Sabah

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew optimis koridor hidupan liar di Kampung Sukau, Kinabatangan hasil kerjasama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah; Genting Plantation Berhad; dan penduduk kampung itu mampu memelihara, sekali gus melindungi gajah Pygmy.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata usaha sama melebarkan koridor hidupan liar di salah satu kawasan biodiversiti di Sabah itu juga diyakini memberi masa depan lebih cerah buat populasi gajah di Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.

“Saya berharap usaha ini akan menjadi contoh kepada semua pihak yang ingin membantu usaha pemeliharaan gajah di Sabah memandangkan spesies ini semakin terancam apabila hanya tinggal 2,000 ekor (gajah Pygmy) sahaja di Sabah,” katanya berucap melancarkan Kempen UmbrElephant (ulang: UmbrElephant) sempena Sambutan Hari Gajah Sedunia, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datu Rosmadi Sulai dan Pengarah Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga.

Pada majlis itu, Liew turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persetujuan (MoA) antara Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Genting Plantation Berhad.

MoA itu antara lain bertujuan menggalakkan lebih ramai pemilik sektor perladangan itu membantu pemuliharaan gajah di Sabah sekali gus menyelesaikan konflik antara manusia dan gajah.


Liew berkata spesies gajah Borneo Pygmy semakin terancam di Sabah ekoran aktiviti manusia yang menghancurkan habitatnya; memasang jerat untuk menangkap haiwan kecil tetapi memberi kesan serius pada gajah; selain kematian spesies berkenaan disebabkan oleh senjata api.

Pelbagai usaha telah dirancang bagi menjaga kebajikan spesies tersebut termasuk menambah bilangan anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah selain menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengenal pasti langkah terbaik dalam pemuliharaan gajah berkenaan, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Liew berkata, sebanyak lima sekolah di kawasan luar bandar Sabah telah menyertai program Renjer Muda Hidupan Liar, dan beliau berharap lebih banyak sekolah menyertai program itu bagi melahirkan generasi berwibawa dalam bidang konservasi hidupan liar di negeri ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

Kategori