Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Statut Rom Boleh Hapuskan...

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, Malaysia memutuskan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah...

Anggota Pentadbiran Daripada BN...

KUALA LUMPUR - Seramai 20 anggota pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan...

Samsung Galaxy A3 &...

Samsung Malaysia memulakan tahun 2015 dengan melancarkan beberapa siri telefon pintar terbaru dalam...

4 Ditahan, Mercun Bernilai...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sekali lagi berjaya menumpaskan kegiatan menjual dan menyeludup...

KPDNHEP Jangka Berdepan 3 Senario Selepas SST Dilaksanakan

TANAH MERAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan akan berlaku tiga senario apabila Cukai Jualan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan bermula pada 1 Sept ini.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga situasi yang bakal berlaku adalah kenaikan harga barang, harga barang kekal dan penurunan harga barang.

“Tiga senario itu tidak melibatkan 22 harga barangan kawalan sedia dan ia dijangka akan memberi kesan kepada barangan lain yang tidak dikawal.

“Cukai sebanyak 0 peratus, 6 peratus dan 10 peratus akan dikenakan di bawah SST kepada barangan tertentu, ” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepenggunaan kepada anggota Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT) di sini, hari ini.

Turut hadir Penaung PAKAT Datuk Seri Mohammad Supardi Md Noor dan Pemangku Pengarah KPDNHEP Kelantan Firdus Zakaria (rpt: Firdus Zakaria).

Saifuddin berkata keutamaan kementeriannya adalah memberi tumpuan kepada barangan kawalan seperti minyak masak, gula dan tepung agar ia mencukupi dan tidak berlaku perubahan harga.


Sementara itu Saifuddin berkata penyertaan anggota PAKAT sebagai Rakan KPDNHEP (Friends Of KPDNHEP) akan membantu pihaknya dalam usaha memantau harga barangan yang dijual di pasaran.

Beliau berkata setakat ini seramai 80,000 orang telah mendaftar sebagai Rakan KPDHEP di seluruh Malaysia dan penambahan 15,000 anggota PAKAT adalah satu usaha yang disambut baik oleh pihak kementerian. – BERNAMA

Kategori