Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kempen JomPicnic SSM Meriah,...

HAPPENING habis! Lebih 1,000 warga kerja Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta ahli keluarga memeriahkan...

Pemuda Mengaku Amang Seksual...

Muar : Bekas pekerja kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Polis Buru Lelaki Bakar...

IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kebakaran sebuah...

Kejam! Ditelanjang, Diseksa Beramai-Ramai

SEBUAH video menunjukkan tindakan sekumpulan pegawai melakukan penderaan ke atas seorang penghuni di...

KPDNHEP Port Dickson Sita 195 Tong Gas LPG

PORT DICKSON – Sebanyak 195 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM58,500 disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Port Dickson dalam Ops Gasak 3.0 di sebuah stor di Lukut, dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Zubir Hamsa berkata dalam serbuan pada pukul 4.30 petang itu, hasil pemeriksaan mendapati premis yang dijadikan stor simpanan barang kawalan LPG itu tidak mempunyai lesen borong atau runcit yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

“Siasatan awal mendapati premis tersebut mula beroperasi pada hujung tahun 2017 dan dijadikan tempat simpanan LPG untuk edaran di sekitar Port Dickson dan Selangor. Barangan yang disita didapati kepunyaan sebuah syarikat berlesen yang beroperasi di Bahau, Negeri Sembilan.

Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pemilik premis yang berusia 37 tahun, premis berkenaan adalah tempat simpanan sementara sebelum LPG tersebut diedarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memindahkan barang kawalan dari premis yang dilesenkan kepada premis yang tidak dilesenkan dan jika sabit kesalahan, syarikat tersebut boleh didenda RM2 juta di bawah akta yang sama.

Katanya pihak KPDNHEP Port Dockson juga telah menyita badan treler yang berada di dalam premis tersebut.


Katanya jumlah keseluruhan nilai sitaan bagi serbuan pada kali ini adalah sebanyak RM88,500.

“Sepanjang Ops Gasak 3.0, KPDNHEP Negeri Sembilan telah merekodkan sebanyak 10 kes dengan jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM107,825,” katanya. – BERNAMA

Kategori