Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PRN Johor Diadakan Kerana...

ISKANDAR PUTERI : Barisan Nasional (BN) Johor menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa...

Malaysia Cadang Kecualikan Bayaran...

MUMBAI - Malaysia bercadang untuk tidak mengenakan bayaran visa terhadap rakyat India yang...

Syarikat Ini Membuatkan Pekerjanya...

Sebuah syarikat cari gali, Nexen, yang terletak di Bandar Calgary, Kanada, baru-baru ini...

Polis Panggil Pengurus Acara...

KUALA LUMPUR - Pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan...

Kursus Untuk Hakim Sebelum PRU14 Hanya Kebetulan

PUTRAJAYA – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya modul kursus yang dihadiri hakim-hakim beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, berunsur politik dan bertujuan mengdoktrin pemikiran hakim-hakim.

PKPMP dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa kursus yang dinamakan “Program Latihan Transformasi Negara” itu telah dirancang lebih awal dan hanya secara kebetulan sahaja ia dijalankan sebelum PRU14.

“Modul kursus ini adalah berbentuk ‘team-building dan generic’ bagi meningkatkan semangat patriotisme, menerapkan semangat kerja berpasukan dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga PKPMP,” kata kenyataaan itu.

PKPMP berkata modul kursus adalah di bawah seliaannya (PKPMP) sendiri yang menerapkan unsur-unsur kenegaraan dan bukan dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Tatanegara (BTN).

Menurutnya kursus dijalankan dengan kerjasama BTN sebagaimana kelaziman PKPMP yang sering mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain seperti BTN untuk menjimatkan kos dan hal itu selari dengan dasar penjimatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Amalan mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan lain bukan suatu amalan baharu dan PKPMP juga pernah menjalin kerjasama erat dengan beberapa agensi kerajaan seperti Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bagi tujuan kursus dan latihan.

“Kursus-kursus yang diadakan tersebut bukan sahaja melibatkan Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret tetapi juga melibatkan kakitangan kumpulan sokongan.


“Ingin juga dijelaskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret merupakan pegawai dalam perkhidmatan awam menurut Perkara 132(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang mana mereka adalah tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan dan peraturan yang mengawal selia penjawat awam termasuk keperluan menghadiri sebarang latihan ataupun kursus,” menurut PKPMP lagi.

Menurutnya kursus pertama telah diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 16-18 Mac 2018, manakala kursus seterusnya pada 23-25 Mac 2018 di Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, Sepang dan 6-8 April 2018 di Kem Bina Negara di Kulim, Kedah.

Hanya tiga siri kursus sahaja telah diadakan manakala siri kursus lain telah ditangguhkan oleh BTN selaras dengan aspirasi semasa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kedudukan dan peranan BTN.

Kenyataan PKPMP itu adalah bagi menjawab kenyataan media Penasihat Lawyers For Liberty N. Surendran bertajuk ‘Shocking disclosures that judges were forced to attend BTN courses – Chief Registrar must explain’ yang disiarkan melalui portal www.lawyersforliberty.org bertarikh 28 Julai 2018. – BERNAMA

Kategori