Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rekah Di Kampung Pawong...

SIMPANG PULAI - Rekahan tanah di Kampung Pawong di penempatan Orang Asli di...

Bumi Mexico Gempa Kerana...

WARGA Mexico yang melompat kegembiraan gara-gara kemenangan pasukan kebangsaan ke atas Jerman 1-0...

Pergiat Usaha Untuk Raih...

SEPANG – Kementerian Sumber Manusia akan terus mempergiatkan usaha dan melaksanakan pelbagai strategi...

Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan...

RATUSAN ribu batu penanda, nisan dan makam yang berselerakan di Wadi Al-Salaam; bermaksud...

Laksana Gaji Minimum Berperingkat Agar PKS Tak Terjejas

KUALA TERENGGANU – Cadangan kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 tepat pada masanya namun perlu dilakukan secara berperingkat agar tidak menjejaskan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Presiden Persatuan Tunas Usahawan Nasional (Pertunas), Amir Hakimin Che Razali berkata lebih 900,000 PKS seluruh negara berisiko terancam sekiranya gaji minimum RM1,500 dilaksana secara drastik (tempoh lima tahun) dan ia juga boleh menyebabkan kesukaran menarik pelaburan sekali gus menjejaskan industri.

“PKS membentuk tulang belakang kepada ekonomi negara dan menyumbang 65 peratus atau 6.8 juta pekerjaan. Sekiranya pelaksanaan gaji minimum ini dilaksana, ada syarikat berisiko terpaksa ditutup dan ramai akan menganggur.

Pengusaha terutama sektor pembuatan mampu memberi gaji minimum yang dinyatakan kerajaan, tetapi kerajaan perlu menyediakan insentif dan perhatian untuk meningkatkan produktiviti kilang dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amir Hakimin berkata sistem pembuatan yang lebih efisien akan mengurangkan kos operasi dan ia memberi ruang kepada pengusaha untuk menaikkan gaji pekerja selaras dengan gaji minimum ditetapkan.

“Saiz ekonomi PKS kita mencatat lebih RM1.3 trilion. Oleh itu, mungkin dalam tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika ekonomi kita terus berkembang, syarikat akan dapat menyerap gaji lebih tinggi dan mampu menaikkan lagi gaji minimum,” katanya. – BERNAMA

Kategori