Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Keliru Tersilap Hantar...

DEK kerana tidak dapat membezakan jantina banduan, pegawai polis tempatan secara tidak tidak sengaja...

RM3.94 Juta Sudah Masuk...

PIHAK Mat Sabu masih tak puas hati. Mereka mengeluarkan kenyataan sekali lagi untuk cuba...

Bunyi Letupan, Gegaran Di...

IPOH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengesahkan bunyi letupan disusuli dengan gegaran di...

Abang Johari Sebak, Pemergian...

LAWAS : "Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James...

Langgar Undang-Undang Anti-Gay, Rusia Tahan Aktivis LGBT

POLIS Rusia menahan sekurang-kurangnya 25 orang aktivis LGBT semasa protes di St Petersburg untuk mempromosi hak golongan minoriti tersebut.

Sekitar 60 orang aktivis LGBT berkumpul di pusat bandar, walaupun undang-undang mengharamkan aktiviti itu.

Aktivis tersebut memegang plakad dan bendera pelangi, sambil menyeru hak LGBT dilindungi.

Rusia pada 2013 meluluskan undang-undang mengharamkan penyebaran propaganda gay.

Penganjur demonstrasi itu berkata setiap peserta memprotes sendirian, untuk mengelak undang-undang yang mengharamkan perhimpunan.

Tidak ada pertembungan antara pihak polis Rusia dengan aktivis terbabit, tetapi polis menahan mereka dan dimasukkan ke sebuah van polis.

Menurut penganjur, Aleksei Nazarov, pihak polis mensasarkan peserta demonstrasi yang mempunyai pakaian dan bendera yang paling berwarna-warni.


Peserta demonstrasi mendakwa mereka mahu menunjukkan solidariti dengan kaum LGBT.

Rusia di bawah Presiden Vladimir Putin menunjukkan sikap tegas menolak LGBT, termasuk menggubal undang-undang mengharamkan propaganda gay.

Putin sendiri beberapa kali bercakap menentang amalan homoseksual yang kegiatannya didanai pihak asing.

Negara yang semakin kuat pengaruh Kristian Ortodoks itu menjadi salah satu sasaran utama Amerika Syarikat dalam menyebarkan kempen pro-LGBT. – Agensi/Mynewshub.tv

Kategori