KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO sabah menyertai Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS) mungkin merupakan satu langkah yang tepat.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ada kebijaksanaan di sebalik keputusan yang dibuat oleh UMNO Sabah tersebut.
Bagaimanapun, kata beliau, perkara itu akan diteliti secara rasmi oleh UMNO pusat esok.
“Keputusan UMNO sabah menyertai GPBS ada kebijaksanaannya. Ia akan diteliti secara rasmi Khamis ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Semalam UMNO Sabah mengesahkan meninggalkan Barisan Nasional (BN) bagi menyertai blok pembangkang baharu iaitu PGBS yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
UMNO Sabah bagaimanapun memaklumkan tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang akan meninggalkan parti itu.
Sebaliknya UMNO kini adalah satu parti komponen dalam PGBS. – Mynewshub.tv