Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lelaki Didakwa Perdagang 4...

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga kaunter spa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Asalkan Tak Usik Keluarga...

TERBAHARU, pasangan Sharnaaz Ahmad dan kekasihnya Nabila dikatakan telah menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama...

Bajet 2015: Malaysia Kekal...

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal menerajui pasaran modal Islam apabila ia terus mengukuh...

Ekonomi Negara Makin Parah?...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki...

Laporan Akhir RIPAD Wilayah Selatan Siap 31 Okt

KUALA LUMPUR – Kajian Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) bagi Wilayah Selatan telah memasuki fasa laporan akhir yang dijadual siap pada 31 Okt ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaafar berkata kajian di peringkat laporan akhir ini akan menimbang semula keperluan untuk membina semula atau menaik taraf rangkaian laluan landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson

“Kajian RIPAD bagi Wilayah Selatan melibatkan kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seremban dan Port Dickson (kawasan Negeri Sembilan) termasuk dalam kajian ini bagi memperhalusi dasar-dasar yang digariskan dalam RIPAD negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan hari ini.

Beliau menjawab soalan asal daripada Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) yang ingin tahu apakah rancangan atau langkah yang telah diambil mengikut Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dalam membina semula rangkaian landasan kereta api itu.

Mengenai projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Kamaruddin yang juga anggota Parlimen Bandar Tun Razak berkata keputusan akhir akan dibuat di peringkat Kabinet.


“Sekiranya projek HSR tidak terlaksana, maka laluan bas di kawasan (Seremban dan Port Dickson) akan dipertingkatkan lagi supaya ia dapat menampung keperluan pengangkutan rakyat,” katanya menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Jalaluddin ingin tahu pelan alternatif kementerian bagi memastikan jaringan pengangkutan awam menerusi hub penghubung antara kawasan pembangunan Malaysian Vision Valley seluas 108,000 hektar di Negeri Sembilan dan kawasan lain sekiranya projek HSR tidak diteruskan oleh kerajaan. – BERNAMA

Kategori