Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Farid Kamil Pening Selepas...

PETALING JAYA - "Saya dipelawa untuk menerima rokok gulung yang tidak mempunyai penapis...

Generasi Z Bantah Korea...

SEOUL: Korea Selatan mahu memperkenalkan tempoh bekerja selama 69 jam setiap mingggu kepada...

Pelakon Filem Ola Bola...

KUALA LUMPUR - "Bila tonton filem ini bersama orang ramai, tiba-tiba hati kami...

6 Laluan Tikus Rentasi...

KANGAR - Kira-kira enam laluan tikus dikesan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Perlis...

Larangan Penuh Kahwin Bawah Umur Belum Dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung larangan penuh perkahwinan bawah umur di negara ini belum lagi dimuktamadkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kajian masih dibuat termasuk mengenai implikasi dari segi perundangan dan sosial sekiranya had umur perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

“Kajian ini amat penting dalam menentukan sama ada pindaan yang dibuat adalah ‘total ban’ (larangan penuh) atau dengan pengecualian tertentu,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi mengekang perkahwinan melibatkan kanak-kanak.

Dr Wan Azizah berkata dalam soal ini, kerajaan perlu juga mengambil kira isu sosial berkaitan gejala seks bawah umur antaranya kehamilan luar nikah dan kelahiran anak tidak sah taraf.


Beliau seterusnya berkata pihaknya juga sedang merancang beberapa siri rundingan dalam usaha menetapkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dengan perjumpaan bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Majlis Agama Islam setiap negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli, wakil-wakil adat dan Majlis Adat di negeri seperti Sabah dan Sarawak.

Katanya, ini sekali gus merangkumi kesemua perkahwinan yang ada di Malaysia sama ada membabitkan orang Islam dan bukan Islam. – BERNAMA

Kategori