Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Didakwa Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini...

3 Maut, Militan Serang...

SRINAGAR - Serangan militan ke atas konvoi tentera di Kashmir pada Sabtu, membunuh...

UMNO Wajar Keluar Dari...

KUALA LUMPUR - UMNO wajar keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mengusahakan...

Belum Dapat Disahkan Objek...

KUALA LUMPUR - Belum dapat disahkan bahawa objek yang ditemui di Mozambique ialah...

Lebih 100 Kakitangan PPSPM Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

MELAKA – Seramai 123 kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), agensi milik kerajaan negeri Melaka, menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti, di sini hari ini.

Lafaz ikrar tersebut diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Azlan Abidin, disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka Abu Talib Othman dan Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Melaka, Baharudin Suib.

Abu Talib berkata kerjasama, sokongan padu dan komitmen berterusan semua pihak terhadap SPRM amat diharapkan dalam usaha merealisasikan hasrat memerangi jenayah rasuah di negeri ini.

“Kita amat menggalakkan semua agensi termasuk kerajaan, swasta ataupun GLC untuk menyertai ikrar ini dalam usaha bagi memastikan setiap kakitangan bersih daripada amalan rasuah yang boleh merosakkan negara.

“Sehubungan itu, platform seumpama ini merupakan medium yang efektif kepada SPRM kerana membanteras gejala itu bukan sahaja terletak di bahu SPRM, bahkan ia merupakan tanggungjawab bersama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abu Talib berkata setakat ini, sebanyak lima agensi kerajaan negeri telah menandatangani IBR bersama SPRM, manakala terdapat lima lagi permohonan bagi melaksanakan ikrar berkenaan.

Sementara itu, Azlan berkata komitmen yang ditunjukkan oleh PPSPM adalah bagi mendukung prinsip pencegahan rasuah dalam mewujudkan budaya persekitaran yang adil, telus dan bebas rasuah.


Beliau berkata IBR yang dilafazkan ini secara tak langsung akan mengukuhkan lagi pelaksanaan prinsip kerja berintegriti dalam kalangan kakitangan PPSPM dan menjadi peringatan agar menjauhi rasuah.

“Dalam masa sama, saya juga menggalakkan warga PPSPM untuk melaporkan secara terus kepada SPRM sekiranya terdapat bukti berhubung salah guna kuasa atau rasuah dalam agensi ini.

“Ini kerana dalam sebuah organisasi, perkara yang penting adalah membudayakan pengetahuan dalam kalangan warganya dan diharap dengan adanya program seperti ini, PPSPM dapat berdiri teguh dan lebih berintegriti,” katanya. – BERNAMA

Kategori