Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Ingatkan DAP Jangan...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan DAP supaya tidak memandang rendah kepada gerakan Tabliqh...

Video: Gelagat Bengah Dan...

KEPERITHATINAN dan nilai kasih sayang yang dipamerkan oleh seorang abang terhadap adiknya yang...

Penstrukturan Semula Laluan Bas...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penstrukturan semula...

Anis Al Idrus Bakal...

MODEL, pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus, 29, bakal mengumumkan tarikh pernikahannya pada...

Lebih 11,000 Individu Bankrap Dalam Tempoh 7 Bulan

KUALA LUMPUR – Seramai 11,559 orang diisytihar bankrap dari Oktober 2017 sehingga April 2018, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jumlah kebankrapan yang tertinggi adalah pada April 2018 iaitu seramai 1,971 orang (17.05 peratus), diikuti pada Mac 2018 seramai 1,777 orang (15.37 peratus).

JPM berkata bagi tahun 2017, seramai 1,602 orang (13.86 peratus) bankrap dicatatkan pada Oktober dan berlaku sedikit peningkatan kepada 1,656 orang (14.33 peratus) pada bulan berikutnya.

“Penurunan direkodkan pada bulan Disember iaitu seramai 1,768 orang (15.3 peratus) yang diisytihar bankrap dan pada bulan Februari 1,510 orang (13.06 peratus),” menurut jabatan itu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai bilangan kes kebankrapan sebulan semenjak pindaan Akta Insolvensi 1967 berkuatkuasa pada 6 Okt, 2017.


Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau pelaksanaan pindaan akta itu demi memastikan kepentingan golongan bankrap terpelihara sebelum menetapkan sebarang cadangan pindaan selanjutnya terhadap akta itu. – BERNAMA

Kategori