Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pemilik Stesen Minyak Didenda,...

KUALA LUMPUR - Akibat gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada...

Bimbang Tak Mampu Tampung...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) hari ini melahirkan kebimbangan kemungkinan peruncit...

Perbicaraan Kes Kematian Menantu...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) yang...

Patung Merlion Ditutup Kepada...

SINGAPURA: Arca Merlion yang ikonik di Taman Merlion akan menjalani kerja-kerja pembaikan dari...

Lebih 2,000 Kg Sampah Dikutip Di Pulau Mabul

SEMPORNA – Sampah seberat 2,337 kilogram berjaya dikutip 207 sukarelawan dalam tempoh sejam di empat kampung sekitar Pulau Mabul, semalam.

Ia membabitkan Kampung Musuk, Baru, Tengah dan Hujung yang turun disertai 187 kanak-kanak dari beberapa sekolah serta penduduk.

Turut menyertai program itu ialah 15 petugas Scuba Junkie serta sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Trash Hero Borneo.

Aktiviti pembersihan di pulau itu adalah sebahagian pengisian program konservasi yang bermula Khamis lalu anjuran Scuba Junkie SEAS (Shark Education, Awareness and Survival) yang berpusat di Semporna dengan kerjasama Trash Hero Borneo serta beberapa NGO lain.

Pengurus konservasi Scuba Junkie SEAS, David McCann, berkata pihaknya sudah lama menjalankan projek pembersihan dan pengurusan sampah dan program kali ini antara lain bertujuan memberi kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar kepada masyarakat pulau.

“Masalah global mengenai pembuangan sampah ini sudah mula membuka mata dan menarik perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini.


“Pembuangan sampah khususnya plastik adalah masalah besar yang menjejaskan persekitaran marin.

“Permasalahan ini yang diberi perhatian sepenuhnya oleh Scuba Junkie dengan kerjasama Trash Hero Borneo bersama dengan pelanggan, kakitangan dan komuniti tempatan di sini,” katanya.

Pengasas bersama Trash Hero Borneo, Monica Chin, berkata sebelum ini pihaknya giat mendekati golongan kanak-kanak dalam usaha memberi kesedaran mengenai isu sampah dan kebersihan.

“Kami mendekati dan berkomunikasi dengan sebilangan kanak-kanak Pala’u di sini mengenai keburukan menggunakan plastik,” katanya. – BH Online

Kategori