Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bunuh Jong-nam: Doan Thi...

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada...

Putera Harry, Meghan Nafi...

PUTERA Harry dan isterinya, Meghan Markle tiada perancangan untuk meninggalkan Kensington Palace atau...

Pemakaian Tudung Tak Jejaskan...

MELAKA - Pemakaian tudung oleh pekerja Islam tidak akan menjejaskan sesebuah destinasi pelancongan...

Kerajaan Terus Tingkat Keupayaan...

KUCHING - Kerajaan akan terus menggiatkan dan memperkenalkan langkah-langkah bagi meningkatkan keupayaan agenda...

Lebih 3,000 Sekolah Di Seluruh Negara Kurang Murid

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini diberitahu, sebanyak 3,015 sekolah di seluruh negara dikategorikan sebagai sekolah kurang murid setakat 31 Mei lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu sebanyak 2,054 daripadanya adalah Sekolah Kebangsaan, 601 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 360 SJK Tamil.

“Penurunan kemasukan ini berlaku mungkin disebabkan penghijrahan penduduk dari kawasan tersebut ke lokasi lain,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) berkenaan adakah kementerian akan mempertimbangkan untuk memperbaharui prosedur supaya memudahkan keperluan perpindahan SJKC ke kawasan bandar ekoran penghijrahan penduduk dari pedalaman ke bandar.

Teo berkata menurut Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid yang dibentangkan pada 2017, sekolah yang mengalami penurunan kemasukan murid dalam tempoh tertentu secara berturut-turut akan dicadang dipindahkan ke lokasi baharu yang mempunyai potensi berlakunya peningkatan kemasukan murid.


“Pemindahan ini, bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Kementerian Pendidikan iaitu persetujuan 100 peratus ibu bapa dan kesediaan tapak baharu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kementerian sentiasa bersedia untuk memudahkan urusan perpindahan sekolah berkaitan dan menyemak prosedur sedia ada sekiranya terdapat keperluan. – BERNAMA

Kategori