AMSTERDAM – Seorang lelaki ditahan selepas melontar tin cat dan bom molotov ke arah Konsulat Turki di sini, malam Sabtu lalu, hingga menyebabkan kebakaran kecil di kawasan taman yang terletak di hadapan bangunan berkenaan.
āTiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu,ā lapor stesen penyiaran kebangsaan Belanda, NOS.
NOS yang memetik Konsul Turki, Tolga Orkun, melaporkan suspek dipercayai lelaki warga Belanda berusia 34 tahun.
Namun, polis Belanda tidak mendedahkan identiti lelaki itu atau motif tindakannya, tetapi mengesahkan tangkapan dibuat, sebaik sahaja insiden berlaku pada malam Sabtu lalu.
Orkun berkata, suspek melontar tiga peranti buatan sendiri ke arah bangunan konsulat.
Namun, imej yang dirakam pihak keselamatan menunjukkan dua daripadanya, iaitu beberapa tin cat yang diikat menggunakan pita pelekat dan bom molotov tidak meletup.
āSatu lagi bom molotov yang dilontar ke arah bangunan menyebabkan kebakaran di bahagian taman,ā katanya. – Reuters/myMetro Online