MENDAPAT tahu diri anda dirakam secara rahsia semasa melakukan seks adalah satu perkara buruk.
Tetapi, lebih buruk lagi jika anda mendapat tahu tentangnya ketika sedang membawa posting-posting di Twitter.
Itulah nasib seorang pekerja bank berusia 34 tahun yang enggan dinamakan, yang membuat laporan polis mengenai kejadian ini.
Lelaki itu yang mungkin lalai memfailkan laporan mendakwa dirinya telah dirakam secara rahsia ketika bersama teman wanitanya semasa berada di sebuah hotel di wilayah Phetchabun, Thailand.
Dia mendakwa langsung tidak sedar tentang rakaman ini sehinggalah dia melihat telefonnya.
Sanook melaporkan bahawa dia begitu terkejut melihat klip itu sedang tular di Twitter.
Polis masih belum mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab tetapi kini sedang menjalankan siasatan.
“Kami sedang mengkaji bukti dan menyiasat dakwaan ini,” kata Timbalan Komander Sittinan Sittikamjorn dalam satu siaran wawancara.
“Kami tidak mempunyai maklumat sekarang. Ia adalah video yang agak generik dan tidak jelas, tetapi lelaki ini percaya lelaki itu adalah dirinya.”
Dia yang mendakwa menjadi mangsa berkata telah menggunakan bilik motel yang sama sebanyak ‘lima atau enam kali’ dalam tempoh tiga tahun lalu.
Sementara itu, pemilik motel yang tidak dikenali telah hadir ke balai polis untuk memberikan kenyataan.
Menurut sumber media tempatan, Bang Muang, pemiliknya menganggap keseluruhan kisah itu hanyalah satu aktiviti penipuan untuk merosakkan reputasi baik motelnya dan dia hadir merakamkan keterangan dengan pihak berkuasa untuk menunjukkan ketelusan dan kerjasama.
Pemiliknya memberitahu polis bahawa dia tidak melihat klip itu secara peribadi, tetapi yakin bahawa tidak ada kamera tersembunyi di bilik motelnya.
Bagaimanapun, jika pelaku dijumpai, mereka boleh didakwa di bawah undang-undang jenayah komputer Thailand, yang boleh dihukum penjara lima tahun dan/atau denda sehingga THB100,000 (RM12,304.50) – Mstar