Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

M’sia-Ukraine Setuju Tubuh Suruhanjaya...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Ukraine bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan suruhanjaya perdagangan bersama bagi...

Agong Ke-16: Al-Sultan Abdullah...

SEPANG - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di...

Pencuri Kereta Hisap Puting...

Oklahoma City - Polis di bandar raya ini melancarkan operasi memburu seorang lelaki...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan...

JOHOR BAHRU - Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan...

Lenggeng & Pantai Jadi Zon Pembiakan Ikan Kelah

SEREMBAN – Jabatan Perikanan Negeri Sembilan bercadang menjadikan beberapa kawasan di Pantai dan Lenggeng dekat sini sebagai tempat pembenihan dan pembiakan ikan kelah kerana kualiti air sungai di kawasan itu yang sesuai untuk hidupan ikan liar berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Bakri Sawir berkata Kerajaan Negeri Sembilan juga akan membuka peluang kepada pengusaha yang berminat untuk bersama-sama memajukan industri ini.

“Potensi untuk kita mengembangkan ikan kelah dan lain-lain itu amat tinggi di negeri ini berdasarkan keadaan struktur negeri ini dengan air sungainya yang sesuai untuk dijadikan tempat pembenihan dan pembiakan ikan kelah dan ikan air tawar lain,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di A Farm Agrotech Sdn Bhd di sini, hari ini

Turut hadir, Pengarah Perikanan negeri Halimi Abu Hanip.

Bakri berkata bagi memastikan habitat ikan liar berkenaan tidak tercemar, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilakukan bagi mencegah aktitivi tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang memburu ikan itu.


“Mungkin selepas ini kita akan membuat program-program untuk menyedarkan masyarakat tentang penjagaan habitat ikan liar ini,” katanya.

Sementara itu, Halimi berkata sejak tahun 2008 sehingga kini sebanyak 5.1 juta benih ikan air tawar pelbagai jenis telah dilepaskan di beberapa sungai di Jelebu. – BERNAMA

Kategori