Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kedai Emas Kerugian RM200,000...

SUNGAI PETANI - Sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim dekat sini, mengalami kerugian...

Kebanyakan Serpihan Ditemui Di...

KUALA LUMPUR -- Kebanyakan serpihan yang ditemui di Maldives bukan milik pesawat Malaysia Airlines...

ASP Dipenjara 3 Tahun,...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis berpangkat ASP dihukum penjara tiga tahun dan...

Afrika Selatan Isytihar Bencana...

DURBAN – Presiden Cyril Ramaphosa mengumumkan situasi bencana negara kelmarin selepas banjir dahsyat...

Lokman Jamin Selesai Isu Tapak Sampah Jika Menang

SHAH ALAM  – Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Lokman Noor Adam hari ini memberi jaminan akan menyelesaikan isu tapak pelupusan sampah haram di Telok Menegon, Klang di sini, sekiranya memenangi pilihan raya tersebut Sabtu ini.

Beliau berkata pihaknya mendapat aduan daripada penduduk setempat bahawa kawasan itu telah menjadi tapak pelupusan sampah walaupun ia tidak pernah digazetkan oleh kerajaan negeri.

“Sebelum ini kita dimaklumkan ada laporan telah dibuat oleh penduduk tetapi tiada tindakan drastik dibuat. Mereka terpaksa berdepan dengan kehadiran lalat serta bau yang sangat busuk.

“Sebab itu saya ada satu mekanisme untuk selesaikan isu tersebut dan saya akan pastikan tapak itu tidak lagi menjadi tapak pelupusan sampah haram sekiranya saya dipilih (sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Media sebelum ini turut melaporkan penduduk di kawasan itu mendakwa masalah yang dihadapi mereka telah berlarutan sejak empat tahun lepas berikutan tapak pelupusan sampah haram tersebut hanya terletak kira-kira 100 meter dari kawasan kediaman mereka.​​​​​

Menurut Lokman Noor, kerajaan BN pada 2008 telah meninggalkan Selangor dengan rizab kira-kira RM1. 6 bilion dan jumlah itu sepatutnya lebih daripada cukup untuk kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan segala isu rakyat apabila mereka mentadbir Selangor.

Sementara itu, beliau mengakui BN akan berdepan dengan kekalahan sekiranya peratusan pengundi yang keluar mengundi pada Sabtu ini, rendah.


“Hasil daripada kempen saya dan maklum balas yang diterima, ramai penduduk di DUN ini masih tidak menyedari mereka perlu mengundi lagi.

“Ada yang tanya kenapa perlu mengundi lagi sedangkan telah mengundi pada PRU (Pilihan Raya Umum) yang lepas…ini yang menjadi kerisauan kita sebab sekiranya peratus yang keluar mengundi tidak sampai 80 peratus kemungkinan kita boleh kalah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, BN akan mempergiatkan kempen yang berbaki dua hari lagi bagi memenangi hati pengundi sekaligus meminta mereka untuk keluar mengundi.

PRK DUN Sungai Kandis yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma, bakal menyaksikan Lokman Noor ditentang calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas K. Murthy. – BERNAMA

Kategori