Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Terus Ukir Nama, Kontroversi...

TAHUN 2017 lalu benar-benar telah meninggalkan kesan yang mendalam serta pengajaran besar buat...

BLAID: Toyota Cipta Peranti...

SELAIN daripada projek pengangkutan, Toyota juga mempunyai beberapa projek lain dan terbaharu, mereka...

Cebisan Mayat Mangsa Mungkin...

MENGERIKAN! Jiran kepada empat sekeluarga yang ditahan selaku suspek kes pembunuhan kejam di...

Jalan Raya Di Klang...

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di sekitar Klang dinaiki air hampir satu meter...

Luahan Cinta Negara Menerusi Lukisan Di Atas Kemeja-T

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang 31 Ogos ini, lebih ramai rakyat Malaysia dilihat mula mempamerkan semangat patriotisme berdasarkan kreativiti masing-masing.

Bagi seorang pelukis di Pasar Seni, di sini, beliau meluahkan semangat kecintaan kepada negara dengan mengabadikan corak bendera Jalur Gemilang di atas kemeja-T, hasil lukisan tangannya sendiri.

Anuar Dan, 58, yang mempunyai pengalaman 12 tahun dalam dunia lukisan mula menghasilkan kemeja-T bertemakan Hari Kebangsaan itu sejak tiga tahun lepas, dengan setiap helai menampilkan corak Jalur Gemilang yang unik dan berbeza antara satu sama lain.

“Konsep yang saya terapkan dalam edisi t-shirt kemerdekaan kali ini adalah teknik ‘sapuan’ menggunakan berus dan renjisan cat jenis ‘fabric dye’ dan ‘rubber dye’ yang sesuai digunakan untuk lukisan atas kain.

“Cara lukisan di atas t-shirt ini bukan satu perkara yang mudah seperti lukisan di atas kertas kerana ia memerlukan kepakaran dan pengalaman si pelukis untuk mengekalkan kualiti lukisannya,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Menurut Anuar, kemeja-T yang dihasilkannya amat sesuai dipakai untuk menyerlahkan lagi semangat patriotisme rakyat Malaysia.

“Bila dipakai, secara tidak langsung tanpa kita menggunakan suara…secara psikologinya menunjukkan kita secara automatiknya cintakan negara,” jelasnya.

Lulusan dalam bidang seni dan reka bentuk dari Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) itu ternyata berjaya menarik perhatian ramai pembeli untuk mendapatkan kemeja-T berkenaan terutama di kalangan pelancong asing.


“Selain rakyat Malaysia, ramai juga pelancong asing terutama dari Jepun, Australia, Mexico dan Amerika Syarikat meminati t-shirt yang bercorakkan bendera sesebuah negara dan mereka menghargai hasil seni ini sehinggakan ada yang membelinya untuk koleksi peribadi,” kata pelukis yang berasal dari Grik, Perak itu.

Bapa kepada tiga anak itu berpuas hati dengan penghasilan karya seni tersebut dan setakat ini berjaya menjual kira-kira 100 helai t-shirt berkenaan.

“Untuk tahun ini, saya mula menghasilkan t-shirt itu sejak awal Julai lepas dan saya menjangkakan baju ini akan habis dijual berdasarkan sambutan jualan pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya dan menambah beliau hanya menghasilkan 200 helai kemeja-T itu bagi jualan tahun ini memandangkan ia merupakan edisi khas.

Kemeja-T itu boleh didapati di DAN Village pada harga RM55 sehelai, dan Anuar menyifatkan setiap helai yang dihasilkan sebagai satu ciptaan khas daripadanya. – BERNAMA

Kategori