Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Dengar Taklimat KSU...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan...

Kementerian Kerja Raya Anjur...

KUCHING – ​​​​​​Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama Rakan Penyampai Projek (PDP) iaitu Lebuhraya...

Dewan Pemuda PAS Ucap...

MARANG - Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini mengucapkan tahniah di atas pelantikan...

Harga Petrol RON97 Naik...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter kepada...

Lyon Cuba Jual Nabil Ke Chelsea

PRESIDEN Lyon Jean-Michel Aulas mengesahkan kelab itu cuba menjual Nabil Fekir ke Chelsea selepas perpindahan ke Liverpool gagal.

Kelab Ligue 1 itu sedia melepaskan Nabil dan hampir menyertai Liverpool dengan bidaan bernilai 50 juta pound sterling pada Jun lalu.

Malah Nabil turut merakam satu temubual bersama laman web kelab itu mengumumkan ketibaannya di Anfield tetapi Jurgen Klopp membatalkan perpindahan itu pada saat akhir selepas pemeriksaan kesihatannya.

Pemain berusia 25 tahun itu kekal di Lyon dan memenangi trofi Piala Dunia bersama negaranya, Perancis.

Disebalik prestasi cemerlangnya itu, Lyon dilaporkan terdesak untuk menjual Nabil.

Michael Aulas kini berharap Chelsea akan menyambar pemain tersebut.


“Pada awalnya kami memikirkan mengenai jendela perpindahan pemain pada musim panas dan bagaimana untuk mengatur skuad pada masa hadapan, kami fikir dia akan pergi.

“Oleh itu kami dapat menyesuaikan keadaan. Kami bercakap dengan wakil Chelsea dan mereka tidak berminat terhadap Nabil.

“Atas sebab itu, kami sedar kami boleh mengubah perancangan pasukan kerana Nabil akan kekal di sini,” katanya. – mStar Online

Kategori