Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Itu Cara Mahathir Bukan...

A. Kadir Jasin, Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri menyatakan pemimpin yang terlibat dengan...

PAS Tak Akan Sertai...

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyertai Kerajaan...

PH, BN Raih 74...

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh 74 peratus sokongan...

“Kami Tak Pernah ‘Bersama’...

MESKIPUN telah berkahwin, penyanyi Hafiz Hamidun akui dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin...

Mahkamah Arah Trump Henti Sekat Pengkritik Twitter

SAN FRANCISCO – Semakin ramai pengkritik yang disekat oleh Presiden Donald Trump kini dibenar memberi komen di akaun Twitter beliau semalam.

Ia susulan arahan seorang hakim mahkamah daerah persekutuan Mei lalu, bahawa menyekat orang ramai daripada akaun Twitter @realDonaldTrump melanggar hak kebebasan bersuara Pindaan Pertama dalam kes yang dibangkitkan oleh The Knight First Amendment Institute di Universiti Columbia.

Tujuh individu yang didakwa sebelum ini, tidak lagi disekat selepas membuat rayuan.

Institut itu mendapati, ramai pengkritik dalam senarai 41 pengguna Twitter yang diberikan kepada Jabatan Kehakiman juga tidak lagi disekat oleh @realDonaldTrump.

“Kami gembira melihat Rumah Putih mengambil langkah sewajarnya untuk mematuhi keputusan mahkamah daerah bahawa Pindaan Pertama melarang presiden daripada menyekat pengguna Twitter semata-mata kerana mereka mengkritiknya,” kata institut itu.


“Bagaimanapun, kami terus menerima laporan bahawa masih ada individu di luar sana yang disekat daripada akaun @realDonaldTrump.”

Institut itu berkata, menjadi kewajipan Rumah Putih untuk segera membenarkan mana-mana pengguna Twitter yang pernah disekat dari akaun presiden itu sebelum ini kerana pandangan politik berbeza. – AFP/BH ONLINE

Kategori