Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Seorang Adik Bekas Menteri...

KOTA KINABALU - Seorang daripada dua adik lelaki bekas menteri persekutuan yang ditahan Suruhanjaya...

PDRM Jalankan Operasi Besar-Besaran...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi besar-besaran khusus bagi...

Beli Tanah RM155 Juta:...

KOTA KINABALU - Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony hari...

A. Rahman Hassan, Fadhilah...

PENYANYI terkenal era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, memilih tarikh 25 Disember...

Majikan Digalak Tawar Peluang Kerja Kepada OKU

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan lebih banyak majikan menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi mengiktiraf keupayaan mereka dalam masyarakat.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata pihaknya mendapati banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan untuk golongan OKU bekerja.

“Kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO) dengan organisasi sangat penting dalam memastikan golongan OKU diiktiraf bukan sahaja keupayaan mereka dalam alam pekerjaan tetapi juga mengembalikan keyakinan mereka terhadap masyarakat.

Sekiranya mana-mana majikan dan organisasi memerlukan ‘engagement’ dengan NGO untuk meneruskan inisiatif melibatkan OKU di sektor pekerjaan, kami sedia memberi khidmat nasihat kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Starbucks Signing Store’s 2nd Anniversary” di sini, hari ini.

Katanya setakat 30 Jun lepas, sejumlah 474,579 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kementerian itu.

“Daripada jumlah itu, 168,051 merupakan (OKU dalam kategori) ketidakupayaan fizikal, 164,600 masalah pembelajaran, 42,440 penglihatan, 39,450 mental, 35,384 pendengaran, 2,469 pertuturan serta 22,185 lain-lain ketidakupayaan,” katanya.


Sementara itu, Yeohdalam ucapan pembukaannya berkata Starbucks Signing Store menyediakan platform bagi komuniti OKU untuk bekerja dan juga terus membangunkan kemahiran mereka yang membolehkan mereka menjalani kehidupan.

“Melalui bantuan seperti Starbucks, saya percaya terdapat potensi untuk lebih banyak tempat kerja di Malaysia menjadi lebih inklusif dan pelbagai terutama untuk membolehkan golongan OKU yang mempunyai kemahiran menyumbang kepada masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Kategori