Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Najib Tahu Apa Yang...

KUALA LUMPUR - Perbalahan dua negarawan, antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk...

Stok Akhir Minyak Sawit...

KUALA LUMPUR - Stok akhir minyak sawit negara pada September yang berjumlah 1.55...

Impak PKP Dapat Dilihat...

PUTRAJAYA - Peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini adalah disebabkan pesakit terdedah kepada virus...

RON97, RON95 Naik 3...

KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik tiga sen manakala...

Majlis Penasihat Bagi Pembaharuan Institusi Maritim, Dasar

KUALA LUMPUR — Kementerian Pengangkutan akan mengaktifkan majlis penasihat pakar untuk memantau perkara berkaitan perkapalan dan pelabuhan, dengan mesyuarat pertama dijadualkan dalam tempoh dua bulan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata majlis itu akan meneliti pembaharuan institusi maritim, dasar dan peraturan dalam menyediakan industri untuk masa depan yang lebih baik.

“Mesyuarat pertama dijangka diadakan dalam tempoh satu atau dua bulan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) 2018 di sini.

Majlis makan malam itu diadakan sempena Minggu Maritim Dunia Malaysia 2018 dari 7-9 Ogos.

Mengenai Dana Pembangunan Pengangkutan berjumlah RM3 bilion yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini dalam Bajet 2018, Loke berkata kementerian akan mempercepatkan prosesnya.

“Kami akan menelitinya, dana yang diperuntukkan, bukan yang baharu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan walaupun dana tersebut telah diumumkan, wang tidak diperuntukkan.


Terdahulu dalam ucapan, Loke berkata kementerian menyedari kesukaran yang dihadapi oleh pemilik kapal dalam mendapatkan pembiayaan daripada bank tempatan dan institusi kewangan.

“Kami turut menyedari mengenai tahun-tahun yang mencabar yang dihadapi industri ini,” katanya.

Penggiat industri telah menyuarakan masalah mereka mengenai isu yang dihadapi industri, termasuk cukai korporat untuk jenis kapal tertentu, kemudahan pembiayaan, serta kemajuan Pelan Induk Perkapalan Malaysia (MSMP) 2017-2022. – BERNAMA

Kategori