Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lakon Babak Ranjang, Amar...

PELAKON Amar Asyraf tidak memberitahu dan tidak meminta kebenaran isterinya, Arna Salleh untuk...

Buli Tahap Ekstrem, Murid...

GEJALA buli dalam kalangan murid-murid sekolah bukan sahaja semakin menjadi-jadi malah sudah berada...

Video: Mengerikan, Cacing Dirakam...

SEORANG doktor merekodkan kejadian mengerikan menimpa seorang wanita. Video berkenaan memperlihatkan, seekor cacing sedang...

4 Termasuk 3 Sekawan...

KOTA TINGGI - Tiga lelaki dan seorang wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan...

‘Malam Ganas’ Melanda Chicago

WASHINGTON – Seramai 44 orang ditembak dan lima orang maut di kota raya Chicago kelmarin, lapor media Amerika Syarikat (AS) dalam gelombang keganasan yang disifatkan oleh polis sebagai ‘tidak boleh diterima sama sekali’.

Ketua polis Chicago, Fred Waller membe­ri­tahu sidang akhbar tengah hari kelmarin bahawa sesetengah kejadian tembakan itu dirancang dan mempunyai kaitan dengan perbalahan antara geng penjenayah.

“Bandar raa Chicago mengalami malam yang ganas. Insiden tembakan sama ada secara rawak atau terancang di jalan-jalan di kota raya ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Saluran berita CNN melaporkan berbilang insiden tembakan berlaku antara tengah malam hingga pukul 2 pagi kelmarin (waktu tempatan) dengan 10 kes berlaku dalam masa hanya tiga jam dari pukul 1.30 pagi.

Lelaki-lelaki bersenjata menyasarkan be­be­rapa kumpulan termasuk orang ramai yang pulang selepas menghadiri majlis pe­ngebumian, kata polis sambil menambah, se­orang budak lelaki berumur 11 tahun merupakan antara mangsa yang cedera.

Kota metropolitan Chicago menyaksikan bilangan pembunuhan paling hampir memecahkan rekod terburuk 20 tahun lalu pada tahun 2016.

Waller bagaimanapun berkata, insiden tem­ba­kan di Chicago berkurangan sebanyak 30 pe­ratus sepanjang tahun ini, manakala kes bunuh menurun 25 peratus.


“Angka ini bukanlah satu kejayaan tetapi ia menunjukkan kita menuju ke haluan yang be­tul,” katanya.

Waller juga berkata, lebih 5,500 senjata api haram telah dirampas di bandar raya itu sepanjang 2018.

“Saya berjanji bahawa kita tidak akan ditewaskan. Kita semua tinggal di bandar raya ini. Kita semua mahu supaya Chicago menjadi lebih selamat,” tambahnya. – AFP/Kosmo Online

Kategori