Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerat Zakar Bekas Suami...

TATARSTAN - Seorang wanita di Rusia bertindak mengerat zakar bekas suaminya dengan pisau...

Jepun Hasilkan Bawang Tidak...

TOKYO - Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah...

Riza Aziz Dilepas Tanpa...

ANAK tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, dilepas tanpa dibebaskan...

Mahkamah Australia Denda Restoran...

SEBUAH mahkamah di Australia menghukum denda AS$300,000 (RM920,747) ke atas sebuah rangkaian restoran...

Malaysia Ada Kelebihan Berbanding Negara Asia Lain

SINGAPURA – Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara Asia lain untuk menjadi hab e-Sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq berada di sini untuk lawatan kerja dua hari sejak Sabtu, mengadakan mesyuarat dengan tiga Menteri Singapura termasuk Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Grace Fu.

“e-Sukan adalah berkenaan masa sekarang dan masa depan,” katanya kepada Bernama di luar sesi Berjumpa dan Bertemu dengan rakyat Malaysia yang berada di negara ini yang diadakan di Agrobazaar, Sultan Gate, hari ini.

“Tiada siapa yang boleh menandingi Malaysia. Kita berada di tengah-tengah antara Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia adalah pasaran yang besar. Kita boleh menguasai ketiga-tiganya,” katanya.

Syed Saddiq berkata, Malaysia mempunyai 32 juta penduduk berbanding pesaing terdekat yang hanya mempunyai empat juta.

“Kita mempunyai lebih banyak pemain permainan komputer berbanding Singapura dan mempunyai banyak tanah untuk membina industri e-Sukan ini,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak pelabur di luar sana menunggu untuk menjadi penaja kepada pemain e-Sukan Malaysia, antaranya dari China.

“Malaysia ada banyak pakar permainan ini. AirAsia sudah menjadi penaja… syarikat korporat dari China juga berminat tetapi (industri ini) kita belum menstrukturnya,” katanya.


Syed Saddiq berkata, beliau mahu menukar stigma e-Sukan adalah semata-mata “bermain permainan komputer.”

“Tanggapan e-Sukan hanya semata-mata bermain permainan komputer adalah salah. Ia adalah sebuah industri yang besar dan bakal memberi peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada anak muda.

“Kita bercakap mengenai daripada infrastruktur sukan, penonton, iklan, jurulatih, jurutera perisian, pembina perisian ke pembina permainan komputer,” katanya.

Syed Saddiq menjelaskan bahawa, apabila AirAsia Saiyan bertanding di Mobile Legends Southeast Asia Cup 2018 (MSC) baru-baru ini, terdapat 100,000 penonton yang hadir di acara itu, bagaimanapun platform dalam talian mencecah lebih sejuta penonton.

Dilaporkan bahawa e-Sukan sudah mendapat perhatian terutama dengan kemasukannya di dalam Sukan Asia 2022, sementara Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa masih mempertimbangkan untuk memasukannya ke dalam sukan Olimpik 2024 di Peranchis. – BERNAMA

Kategori