Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Op Ikrar: 20 PATI...

KUALA TERENGGANU - Tiga wanita warga Thai yang bekerja sebagai pelayan kedai makan...

RM600 Kepada Pemandu Pelancong,...

PUTRAJAYA - Bayaran secara 'one-off' sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong...

BN Hasrat Pertahan Kerusi...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi...

Hafiz Hamidun Sah Suami...

SHAH ALAM - Penyanyi Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah...

Akan Cadang Mesyuarat HSR Dengan MoT Singapura

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengemukakan satu lagi cadangan mesyuarat rasmi dengan Kementerian Pengangkutan Singapura (MoT) mengenai projek Keretapi Laju (HSR).

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau akan mengemukakan satu lagi cadangan pada Ogos dan akan menetapkan tarikh perbincangan rasmi tersebut.

Menteri ekonomi itu juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menemui mana-mana pegawai MoT Singapura, sambil menambah bahawa “mereka betul (saya tidak bertemu dengan mana-mana pegawai Singapura). Apabila saya sebutkan semalam, adakah saya berkata saya bertemu dengan pegawai dari MoT? ”

Azmin berkata, MoT republik itu telah memberi cadangan untuk mesyuarat sebelum 31 Julai, bagaimanapun pegawai dari Malaysia sibuk dengan sesi Parlimen dan beberapa isu domestik.

Beliau percaya tidak ada masalah antara Malaysia dan Singapura untuk duduk bersama dan membincangkan isu-isu HSR serta perkara lain.

Ditanya sama ada mesyuarat itu akan membincangkan kemungkinan membayar ganti rugi kepada Singapura, beliau berkata “akan dibincangkan. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk berkongsi dengan anda buat masa ini. ”


“Sudah tentu, saya akan membentangkan kes kami kepada Singapura (dengan) mandat yang diberikan kepada saya oleh Kabinet. Adalah adil bagi mereka untuk mendapat peluang mendengar pandangan saya di mesyuarat rasmi tersebut.

“Apa yang penting ialah kita mesti memastikan keseluruhan proses itu telus dan kita mesti mematuhi undang-undang dan proses yang wajar,” jelasnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HSR

Kategori