Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Yang Di-Pertuan Agong...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

UMNO Bukan Dalam Dilema

Ong Kian Ming, dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 24 April 2020 menulis tentang dilemma UMNO dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan UMNO

KBS Bincang Tutup Sementara...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti keperluan untuk tutup...

Permohonan Pasport Sesak, Imigresen...

PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen (JIM) membatalkan sistem temu janji dalam talian (STO) di...

Malaysia Layak Ke Final Acara Berpasukan Gimnastik Artistik

JAKARTA – Skuad gimnastik artistik wanita negara menampilkan persembahan memukau pada pusingan kelayakan untuk layak ke final acara berpasukan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Indonesia, hari ini.

Skuad negara yang diketuai pemenang pingat perak Piala Dunia 2016, Farah Ann Abdul Hadi bersama Tan Ing Yueh dan Tracie Ang mengumpul 145.50 mata menerusi empat disiplin untuk berada di kedudukan keenam keseluruhan daripada 11 pasukan yang mengambil bahagian di Dewan D, Pusat Expo Antarabangsa Jakarta, Kemayoran.

Empat disiplin berkenaan adalah senaman lantai, melombol, batang titian dan palang bertingkat.

Berdasarkan format pertandingan, hanya lapan pasukan terbaik, layak ke final.

China mengungguli acara berpasukan selepas mengutip 166.10 mata, disusuli Korea Utara dan Korea Selatan yang menduduki tangga kedua dan ketiga, masing-masing dengan catatan 158.50 mata dan 155.30 mata.


Acara berpasukan wanita akhir akan berlangsung, esok.

Cabaran skuad lelaki negara berakhir pada pusingan kelayakan setelah gagal berada dalam kelompok pasukan terbaik. – BERNAMA

Kategori