Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PPN Perak Gesa Kementerian...

PARIT BUNTAR - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak meminta Kementerian Pertanian dan Industri...

Sophia Raikan Delegasi Sidang...

SOPHIA, robot humanoid sosial, membuat penampilan istimewa pada pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur...

Trend Solat Kipas Boleh...

IPOH: Trend menjadikan kipas sebagai makmum ketika bersolat adalah tindakan mengarut dan pelik...

Betul Ke Ahmad Idham...

BELUM pun 'sejuk' isu poster filem arahan Ahmad Idham Nazri, Pencuri Hati Mr....

Malaysia Mula Langkah Kanan Skuasy Berpasukan

JAKARTA – Malaysia bermula cemerlang apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut pada perlawanan pusingan awal acara skuasy berpasukan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno di sini.

Skuad lelaki negara yang diketuai juara kebangsaan, Ivan Yuen menewaskan Singapura 3-0 pada perlawanan pertama Kumpulan B, sebelum membenam Thailand 3-0 pada aksi kedua.

Sementara pasukan wanita dikemudi juara perseorangan wanita Sukan Asia kali ini, Datuk Nicol David, juga mencatat kemenangan mudah 3-0, masing-masing ke atas Pakistan dan Filipina dalam saingan Kumpulan A.

Pasukan lelaki akan berdepan Indonesia, manakala skuad wanita dijadual bertemu Korea Selatan pada perlawanan ketiga kumpulan, esok.

Untuk rekod, Malaysia setakat ini memenangi satu pingat emas dan satu perak dalam acara perseorangan wanita menerusi Nicol dan pemain remaja negara, S. Sivasangari serta satu gangsa melalui Mohd Nafiizwan Adnan dalam acara perseorangan lelaki. – BERNAMA

Kategori