Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KKM Guna Kaedah Pelepasan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan melaksanakan kaedah pelepasan nyamuk mengandungi mikro-organisme 'Wolbachia' di...

Mahathir Mahu ‘Setiap Orang...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu 'setiap...

Hujan Diramal Turun Pada...

HUJAN diramal turun di satu dua tempat di kawasan pantai barat Semenanjung manakala...

#KitaLawan: AMK Cabar Kewibawaan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) seakan-akan mahu mencabar kewibawaan pihak polis...

Malaysia Perlukan Lebih Banyak Pakar Bedah Neuro

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye hari ini menyentuh tentang keperluan bagi lebih banyak pakar bedah neuro untuk berkhidmat di pusat kesihatan awam dan swasta di kawasan separa bandar dan luar bandar.

Beliau berkata ketika ini terdapat 115 pakar bedah neuro di seluruh negara di hospital kerajaan dan swasta dengan disokong oleh lebih 400 individu terlatih dalam kejururawatan neurosains.

“Oleh itu, kami berharap untuk mempunyai tambahan 40-50 pakar bedah neuro dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Simposium World Federation of Neurosurgical Societies (WFNS) 2018, di sini, hari ini.

Susulan hanya terdapat jumlah kecil pakar bedah, wujud cabaran besar untuk memenuhi keperluan mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan di kepala, kerana kemalangan menyumbang 70 peratus keperluan neurosurgeri di negara ini, katanya. Melaka, Kelantan, Sarawak dan Perlis menghadapi kekangan perkhidmatan kesihatan neurosurgeri ketika ini.

Dr Lee berkata juga terdapat keperluan bagi perkhidmatan neurosurgeri di hospital lebih kecil tetapi kos untuk mendirikan hospital/pusat neurosurgeri adalah amat mahal dengan sebuah pusat menelan kos antara RM5 juta dan RM10 juta.

Sementara itu, dalam ucap tamanya, Dr Lee berkata selaras dengan peningkatan permintaan dan kepentingan penyampaian perkhidmatan kesihatan efisien dalam bidang neurosains, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan program latihan Diploma Lanjutan Kejururawatan Neurosains selama setahun pada 2013.


“Program ini bertujuan untuk melatih kumpulan pakar jururawat neuro bertauliah di Malaysia dengan memiliki latihan komprehensif dalam pelbagai bidang neurosains yang fokus pada peranan penyelidikan dalam bidang itu yang sentiasa berubah,” katanya.

Beliau juga berkata simposium WFNS penting bagi pakar Malaysia untuk memperbaharui lesen mereka setiap tahun.

Malaysia ialah tuan rumah persidangan ke-6 WFNS yang dihadiri lebih 800 pakar neurosurgeri daripada lebih 75 negara dari 15-19 Ogos. – BERNAMA

Kategori