Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Suspek Kes...

KOTA BAHARU - Polis menahan seorang lelaki berumur 52 tahun pada Jumaat lepas...

Polis Buru Suspek Pecah...

KUANTAN - Polis memburu tiga lelaki yang disyaki melakukan kejadian pecah rumah di...

Mahathir Akan Pertimbang Jika...

PUTRAJAYA - Kehadiran Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri...

Tindakan PH Beri Kad...

PONTIAN - Selepas mempertikaikan pengumuman peruntukan dan elaun kepada kepada nelayan, Barisan Nasional...

Malaysian Tigers Raih Slot Ke Separuh Akhir

JAKARTA – Malaysia meraih slot ke separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas membelasah Oman 7-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Padang Hoki Gelora Bung Karno di sini, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Malaysian Tigers akan berdepan juara bertahan Sukan Asia dan juga pendahulu Kumpulan A, India pada perlawanan separuh akhir, Khamis ini.

Juara Kumpulan B, Pakistan yang juga pemenang pingat emas lapan kali Sukan Asia, pula akan menentang juara empat kali temasya sukan berkenaan, Korea Selatan dalam satu lagi aksi separuh akhir pada hari sama.

Dalam aksi hari ini, Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-28.

Selepas permainan bersambung, skuad negara menggandakan asakan dan berjaya menjaringkan enam lagi gol, bermula dengan gol padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-31 dan pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-37.

Muhammad Firhan Ashari menyumbat gol keempat melalui gol padang pada minit ke-37, diikuti tiga lagi gol padang daripada Muhammad Shahril Saabah (minit ke-42), Tengku Ahmad Tajuddin (minit ke-44) dan Faizal, empat minit kemudian.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen gembira dengan keputusan tersebut walaupun anak buahnya bermula perlahan dengan hanya menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama perlawanan.


“Kita hanya mahukan keputusan dan perlawanan ini bukan tentang gol. Secara keseluruhan keputusan yang bagus serta jumlah jaringan yang dihasilkan.

“Pada perlawanan menentang Oman hari ini, kita tidak mahu pemain cedera. Sudah tentu, tumpuan kita kini berdepan India, dan ia bukan tugas mudah. Kita perlu membuat perancangan dan memastikan pemain bersedia untuk perlawanan itu (berdepan India),” kata Van Huizen.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas hoki lelaki pada Sukan Asia sejak acara berkenaan diperkenalkan pada edisi 1952 di Tokyo. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

Kategori