Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kembalikan Ubat Yang Tak...

BALIK PULAU - Pesakit yang mempunyai simpanan bekalan ubat dari klinik mahupun hospital...

Gubal Akta Khas Pelihara...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan agar satu akta khas iaitu...

Kerajaan Akan Laksana 4...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan empat langkah transformasi bagi memperkukuhkan fungsi dan...

Rekreasi Berkuda Di Taman...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengaktifkan semula perkhidmatan rekreasi...

Manchester United Berdepan Musim Sukar

JOSE Mourinho mengakui Manchester United berdepan musim sukar melainkan jika mereka memperkukuhkan skuad sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada Khamis.

United tewas 0-1 di tangan Bayern Munich dalam aksi pra musim mereka di Jerman pada Ahad.

Javi Martinez menanduk masuk gol kemenangan Bayern pada babak kedua yang menyaksikan kelab Jerman itu mendominasi keseluruhan perlawanan.

“CEO saya tahu apa yang saya mahu dan saya masih ada beberapa hari untuk tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

“Kelab lain yang bersaing dengan kami amat kuat dan hebat. Atau mereka melabur besar-besaran seperti Liverpool yang membeli segalanya dan pemain terbaik.

“Jika kita tidak menjadi sebuah pasukan yang lebih baik, ia akan jadi musim sukar untuk kita,” katanya


United sudah mendapatkan tiga muka baharu musim ini iaitu pemain tengah Brazil, Fred, pemain pertahanan Portugal, Diogo Dalot dan penjaga gol pilihan ketiga, Lee Grant.

Red Devils akan berdepan Leicester City pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Jumaat. – mStar Online

Kategori