Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Panglima TLDM Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin...

Koleksi Terbaru Jovian Mandagie,...

PEREKA fesyen terkenal, Jovian Mandagie, 30, baru-baru ini menjawab segala tanda tanya berkaitan koleksi...

[RASMI]Puad Menang Di DUN...

JOHOR BAHRU - Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi...

Rusia Taja 2 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Rusia menerusi kedutaan negara itu di sini telah menawarkan...

Mangsa Kebakaran Kampung Air Hujung Mohon Bantuan

SEMPORNA – Mangsa kebakaran Kampung Air Hujung yang ditempatkan sementara di Dewan Belia di Kampung Bangau-Bangau di sini, memerlukan bantuan segera termasuk barang keperluan harian.

Seorang mangsa kebakaran, Norpaida Paid, 40, berkata dia dan suami tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian kebakaran di kampung tersebut pada lewat petang semalam.

“Saya sempat mengambil dokumen penting sebelum lari menyelamatkan diri bersama anak-anak dan suami.

“Semua hangus terbakar termasuk duit, tiada apa yang tinggal lagi,” katanya ketika ditemui di sini.

Norpaida berkata ketika kejadian jiran sebelah rumah mengejutkan suami dan memberitahu rumah di hadapan terbakar.

“Apabila suami buka pintu, api marak di depan rumah kami,” katanya yang berharap ada bantuan segera untuk mangsa kebakaran.

Dalam pada itu, Ahaid Majindi, 40, berkata dia tidak menyangka asap kecil yang dilihat jauh dari kawasan rumahnya merebak pantas dan membakar sebahagian Kampung Air Hujung termasuk rumahnya  sendiri.

“Pada pukul 5.50 petang saya dan keluarga sedang mengemas barang di rumah ketika terlihat asap kecil tetapi menyangka asap itu petunjuk kepada kebakaran besar.


“Selepas beberapa minit, saya mendengar ada beberapa rumah terbakar dan saya keluar membantu memadamkan api dan malangnya ketika membantu rumah lain, rumah saya juga terbakar,” katanya.

Ahaid turut berharap terdapat bantuan kilat untuk dirinya serta mangsa kebakaran lain yang kini tinggal sehelai sepinggang.

Kebakaran besar yang berlaku petang semalam di Kampung Air Hujung Semporna itu memusnahkan kira-kira 300 rumah sekali gus menyebabka lebih 2,000 mangsa hilang tempat tinggal.

Kejadian kebakaran itu turut memusnahkan rumah ibu kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mantek.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah, Chacho Bullah berkata pihak masih menyusun atur keperluan untuk membantu mangsa kebakaran.

“Setakat semalam, Jabatan Kebajikan mula menyediakan makanan kepada mangsa,” katanya turut akan mengumpulkan bantuan individu untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran. – BERNAMA

Kategori