Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

RUU Berkaitan Dana Politik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dana politik di...

Muzium Kristal Semula Jadi...

GEORGE TOWN - Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang mempunyai pelbagai...

Kes Tembak Di Pulau...

GEORGETOWN - Tiga lelaki direman di Mahkamah Majistret, di sini hari bagi membantu...

Penetapan Tol WCE Bukti...

SUNGAI BESAR - Warta Kerajaan Persekutuan berhubung penetapan kadar tol bagi Lebuhraya Persisiran...

Mangsa Lemas Di Dungun Dijumpai

KUALA TERENGGANU – Mayat lelaki yang terjatuh daripada bot nelayan di Jeti Pendaratan Ikan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun petang semalam, ditemukan pagi ini.

Mayat Rhazi Razak, 32, dijumpai terapung oleh nelayan bot pukat tunda yang dalam perjalanan ke laut, kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh kira-kira 8.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata seramai 50 anggota termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang disambung pagi tadi.

“Selepas dimaklumkan nelayan bot pukat tunda, pasukan mencari dan menyelamat segera ke lokasi kejadian sebelum mengangkat mayat mangsa dan dibawa ke jeti Kompleks LKIM Dungun. Jenazah kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun,” katanya.

Sementara itu adik mangsa, Mohd Khairul Razak, 27, berkata keluarganya bersyukur kerana akhirnya mayat Rhazi berjaya ditemukan.

Katanya beliau sekeluarga telah berkampung di Kompleks LKIM sejak petang semalam dan tidak putus-putus berdoa supaya abangnya segera ditemui. – BERNAMA

Kategori